Setelah hampir 3 tahun berlalu, kes penceraian pelakon Hollywood, Johny Depp dan Amber Heard sering saja mendapat liputan seantero dunia.
Malah, akibat daripada kes ini, pelakon Johny Depp telah dibuang daripada senarai pelakon utama francais filem Pirates of Carribbean. Sepanjang kes ini berlangsung, bekas isteri pelakon tersebut mendapat sokongan gara-gara mendedahkan kecederaan yang didakwa telah dilakukan oleh Johny Depp. Namun begitu, di sebalik karier yang terumbang-ambing, Johny Depp telah memfailkan saman sebanyak 50 juta dolar ke atas Amber di atas dakwaan palsu yang dibuat serta mendakwa bekas isterinya itu cuba menjatuhkan reputasi Depp.
Terbaru, kecoh di media sosial apabila sebuah klip suara yang mendedahkan bahawa Amber Heard mengaku telah mendera suaminya serta membaling kuali serta periuk terhadap Depp. Malah, ada antara rakan artis yang tampil memberi keterangan seperti James Franco serta orang terdekat dengan pasangan ini namun kes ini masih dalam siasatan. Timbul desas-desus bahawa James Franco mengakui bahawa sebenarnya Amber yang mendera Depp bukan sebaliknya seperti yang didakwa. Klip suara itu telah mendapat hampir ratusan ribu perkongsian dan telah mendapat reaksi berbeza yang rata-ratanya simpati dengan nasib Johny Depp. Untuk rekod, Amber telah menuntut perceraian atas alasan Johny sering menderanya secara fizikal dan mental. Malah Amber juga telah menunjukkan bukti foto dirinya cedera. Dia juga mendakwa Depp seorang kaki botol dan sering menjadikan dirinya mangsa melepaskan kemarahan.
|
rosasen replied at 4-2-2020 12:58 PM
dah lama org bgtau amber yg dera JD... tp suka amber n lakonan dia..hihi
ADVERTISEMENT