Tenggelam seketika kebimbangan rakyat Malaysia mengenai Novel Koronavirus apabila timbul pula isu usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat bertelekung di Makkah. Isu ini menimbulkan polemik di kalangan netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan usahawan kosmetik itu yang didakwa mempersendakan agama. Bagi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr. Maza mengganggap itu perkara remeh dan tidak mendatangkan manfaat kepada perkembangan ekonomi negara dan mengembangkan pemikiran rakyat, seperti dilaporkan Harian Metro.
Dr. Maza berpendapat Sajjad hanya perlu dinasihati bahawa tindakannya itu salah serta mendoakan agar Sajjad kembali kepada fitrah asalnya. "Kita nasihatkan dia sahajalah. Rahmat Tuhan itu luas dan mudah-mudahan dengan bermacam peristiwa dan pengalamannya di Makkah, dia berubah. "Itu sahajalah harapan saya dan kita mendoakan dia untuk kembali ke pangkal jalan kerana kadang-kadang setiap orang ada kesukaran dalam dirinya sehingga terperangkap dengan bermacam keadaan," katanya yang dipetik dari Harian Metro. Terkini, Sajjad dan rombongan telah dibawa keluar dari Mekah untuk sesi lawatan di Madinah selepas ia menjadi kontroversi dan mendapat perhatian banyak pihak. Jurucakap Albayt Travel (M) Sdn Bhd turut meminta Nur Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka susulan tindakannya yang mencetus kontroversi itu. "Setakat ini, Nur Sajat hanya menjawab meminta tunggu sehingga dia kembali ke tanah air," katanya yang dipetik dari Berita Harian. Pemergian Sajjad dan kawan-kawannya ke sana memang tak salah malah harus hukumnya. Namun menjadi kesalahan apabila beliau berpakaian wanita serta masuk ke kawasan perempuan, bercampur dengan jemaah wanita . Allah dan Rasul Yang Lebih Mengetahui. Selagi masih bernyawa, pintu taubat masih terbuka. Bukankah Allah maha pengampun lagi penerima taubat? Semoga Sajjad mendapat hidayah dariNya. - CARI Sumber - Harian Metro Dan Berita Harian |
MissVixen replied at 4-2-2020 02:13 PM
Remeh ya perkara lgbt ni? Memang betul akhir zaman mufti, ustaz dan gelaran lain2 dalam golongan pen ...
ADVERTISEMENT