Beberapa hari lalu Penyanyi Ifa Raziah diberi peluang oleh Ceres Jewels untuk menyarung set aksesori dari batu permata asli bernilai jutaan ringgit. Memetik laporan Astro Gempak, Ifa Raziah terpaksa mengupah tiga orang pengawal untuk memastikan keselamatannya ketika menjalani penggambaran muzik videonya baru-baru ini. Dia juga mendedahkan kesemua pengawal tersbeut dilengkapi dengan pistol untuk pastikan keselamatannya dan juga barangan kemas yang bernilai RM3.5 juta itu. "Jujur saya takut ketika menyarungkan semua tu atas badan. Disebabkan itu, pihak saya telah menyediakan tiga orang bodyguard lengkap dengan pistol untuk keselamatan. "Bodyguard tersebut ditugaskan untuk mengiringi barang kemas Ceres Jewels sepanjang penggambaran muzik video berlangsung, " katanya kepada Astro Gempak.
Berkongsikan mengenai muzik video lagu terbarunya Miss Diva, Ifa berkata dia dijelmakan sebagai ratu jahat Queen Ravenna. Ifa akui sangat gementar sewaktu penggambaran kerana risaukan barang kemas harga jutaan ringgit itu. "Miss Diva ni watak dia sama macam Queen Raveena, dia tak mahu wanita lain menandingi kejelitaannya sebab dia rasa dia yang paling meletup dan terpaling hebat. "Tapi dalam pada duk gementar sebab risaukan barang kemas juta-juta tadi, lepas pakai je tiara terus watak ratu jahat "merasuk" diri. Manakan tidak, harga tiara tu je pun dah RM3 juta???Batu berlian ori tau!" katanya. Apa pendapat anda? - CARI
|
Kurex replied at 2-2-2020 09:29 AM
nampak murah........
kivio replied at 2-2-2020 09:57 AM
Macam tiara doll kedai eco rm2 je kan
Kurex replied at 2-2-2020 10:02 AM
ni hah kalau dari dekat.. bukan macam 3juta..
nak2 ipa rajiah yg pakai terus nampak lagi murah
Kurex replied at 2-2-2020 02:02 AM
ni hah kalau dari dekat.. bukan macam 3juta..
nak2 ipa rajiah yg pakai terus nampak lagi murah
Kurex replied at 2-2-2020 10:02 AM
ni hah kalau dari dekat.. bukan macam 3juta..
nak2 ipa rajiah yg pakai terus nampak lagi murah
ADVERTISEMENT