Mungkin kedengarannya agak pelik namun perkara ini memang benar apabila pihak berkuasa Indonesia menganjurkan pertandingan dan menawarkan ganjaran untuk sesiapa yang berjaya mengeluarkan tayat pada leher seekor buaya.
Memetik laporan Bangkok Post, pertandingan itu adalah susulan tularnya video di laman sosial yang menunjukkan seekor buata sedang 'tercekik' dan sukar bernafas gara-gara sebuah tayar motosikal tersangkut pada lehernya. Menurut Ketua Agensi Pemuliharaan Sumber Alam Sulawesi Tengah (BKSDA), Hasmuni Hasmar berkata, pihak tidak berjaya mencari jalan bagaimana untuk mengeluarkan objek itu pada haiwan tersebut. "Kami akan memberi ganjaran kepada sesiapa sahaja yang berjaya mengeluarkan tayar tersebut daripada leher buaya itu," ujarnya.
Pihaknya akhirnya mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan orang ramai dengan menganjurkan pertandingan tersebut. “Kami meminta agar orang awam tidak terlalu dekat dengan buaya itu atau mengganggu habitatnya,” katanya yang turut mencari pakar penyelamat haiwan liar. Pun begitu, jumlah ganjaran masih belum didedahkan hingga kini. - CARI
|
ADVERTISEMENT