Bayangkan dua tahun bekerja tanpa menerima gaji satu sen pun! Itulah yang dialami oleh warga Indonesia berusia 26 tahun yang bekerja sebagai amah di sebuah rumah di Kampung Berjaya, Alor Setar.
Harian Metro melaporkan, mangsa berjaya diselamatkan Jabatan Tenaga Buruh (JTK) dalam operasi khas pada 11.50 pagi semalam. “Ketika serbuan dilakukan JTK bersama TF MAPO, suspek berusia 57 (ibu) dan 27 tahun (anak) berada di tingkat atas rumah berkenaan sedang tidur manakala mangsa sedang memangku bayi. “Siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai pembantu rumah tidak dibayar gaji lebih dua tahun selain pasport turut dipegang majikannya.
“Mangsa juga mendakwa tidak disediakan tempat tidur yang selesa dan terpaksa tidur di atas lantai. “Buat masa sekarang kita masih menyiasat adakah mangsa didera dan sebagainya. Kita akan dapatkan perintah mahkamah untuk memberi perlindungan kepada mangsa,” kata Pengarah JTK Kedah, Arzanil Bahadon. Selain itu, mangsa dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang selain disyaki ditipu ejen kerana tidak mempunyai permit kerja. - CARI
|
Kurex replied at 30-1-2020 06:39 AM
aku tak caya sangat cerita bibik ni sebab dia salah satu leluhur yg kita tak boleh percaya cerita di ...
Themilo replied at 30-1-2020 03:00 PM
betul tu. macam kawan meols, dalam resume maid dia, siap tulis pandai masak itu, masak ini.. hujun ...
Themilo replied at 30-1-2020 03:00 PM
betul tu. macam kawan meols, dalam resume maid dia, siap tulis pandai masak itu, masak ini.. hujun ...
sarah82 replied at 30-1-2020 03:15 PM
Kmpg berjaya.. Rumah taman depan market la ni..
VespaSilbe replied at 30-1-2020 06:50 PM
Kawasan rumah oghang kaya ni
sarah82 replied at 30-1-2020 06:58 PM
Hahaha.. Dulu2 situ byk rumah kmog.. Rumah moyang aku kat belakang tu.. Tapi mmg skrg rumah situ d ...
ADVERTISEMENT