Seorang pengguna jalan raya dilaporkan berasa berdebar-debar selepas melihat seekor kucing besar terdampar di atas jalan yang mungkin dalam keadaan cedera.
Memetik laporan Mirror, Ben Lilly dikatakan dalam perjalanan melalui A646 di West Yorkshire, United Kingdom baru-baru ini. Ketika melalui jalan itu, bapa kepada dua anak ini dia berasa terkejut melihat haiwan tersebut terbaring di atas jalan dan ia mirip dengan harimau bintang. Dia mengambil keputusan memberhentikan keretanya bagi menyelamatkan haiwan tersebut selepas mendengar laporan mengenai beberapa kucing besar yang dilihat di kawasan itu.
Meskipun pada awalnya berasa bimbang dengan haiwan berkenaan, namun akhirnya perunding teknologi maklumat ini tetap meneruskan niatnya. Namun, dia bertambah terkejut kerana haiwan yang disangkanya kucing besar itu adalah baju parti yang memiliki corak seperti haiwan. Pun begitu, nampaknya bukan sahaja Ben yang tersilap dengan hal itu. Selepas dia memuat naik kisahnya berjumpa dengan 'kucing' tersebut, rupanya ramai penduduk lain turut "terkena" dan hampir tertipu. Katanya, "Saya begitu berdebar-debar, tapi rupanya ia bukanlah kucing besar sebaliknya.." Alahai, siapa sangka kan! - CARI
|
Themilo replied at 30-1-2020 01:26 PM
hahaha.. entah-entah baju parti liar @Kurex
dah kena hangkut jantan, baju rimau pun dia campak j ...
mdhelmi replied at 30-1-2020 01:37 PM
amik
basuh
jual kat mudah
NekNgah: Ni mesti balik party malam tadi, terlebih mabuk, main bukak aje baju kat tengah jalan. Cuba check kat tepi semak tu, kot ada tengah menonggeng.
Boomibulat replied at 30-1-2020 09:27 AM
...rupanya baju Che Ta ke..?
ADVERTISEMENT