Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh, Perak yang dibuka pada 26 Jun 2017 dengan kos RM520 juta akhirnya ditutup sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young selaku penerima dan pengurus hartanah milik Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP). Usai penutupan taman tema tersebut, Pengerusi DAP Perak menyalahkan Barisan Nasional (BN). Perkara itu mendapat perhatian Datuk Seri Najib Razak. Najib Razak menerusi twitternya membalas ciapan kiriman oleh Nga Kor Ming beserta kronologi taman tema bernilai RM520 juta itu. Memetik laporan Projekmm, Najib berkata sejak taman itu dibuka pada Jun 2017 sehingga Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pengurusan sejak Mei 2018 memperlihatkan kepada umum hanya 11 bulan sahaja ia dipegang oleh BN dan 8 bulan oleh PH. "Jun 2018: Kerajaan PH jamin MAPS tidak akan ditutup. "Jan 2020: MAPS akhirnya tutup. Kor Ming kata ini salah BN," catat Najib beserta kepilan laporan media. Tinjauan di twitter mendapati terdapat sekurang-kurangnya empat tweet dimuat naik Najib dalam tempoh 14 jam lalu berunsur sindiran balas terhadap Nga yang merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Timbalan Setiausaha Agung DAP. Ada warga maya turut bersetuju dengan Najib bahawa pihak yang gagal akan sentiasa menyalahkan orang lain. "Saya setuju Datuk alih-alih salahkan orang lain mereka yang tadbir urus tak betul kemudian rugi. Orang yang gagal; menyalahkan orang lain kerana kegagalan mereka," kata warga maya tersebut. Namun segelintir pihak pula memberikan alasan rasional penutupan taman tema yang tidak mendapat sambutan pengunjung itu. Kos taman tema yang pertama di Asia Tenggara ini dibina dengan hutang yang begitu besar melebihi RM500 juta mungkin salah kerajaan BN. Kemudian kerajaan PH membenarkan kemasukan MAPS secara percuma pengguna hanya perlu bayar untuk naik rides dan attraction sahaja, itupun ada yang serendah RM3 dengan kupon mungkin jua ada silapnya kerana masih gagal menarik pengunjung. Dengan pelbagai masalah yang dihadapi taman tema ini, mungkin langkah penutupan adalah paling sesuai walaupun terpaksa berpejam mata dengan pelaburan jutaan ringgit yang hangus begitu sahaja. Apapun, tidak kiralah mana-mana kerajaan yang memerintah wang sebanyak itu jika digunakan sebaiknya pasti akan memberi manfaat besar pada rakyat.- CARI Kredit - Astro Awani |
tagas replied at 30-1-2020 07:16 AM
so bakal jadik belumut berangker la pasni
ADVERTISEMENT