Empat akaun Facebook dan satu kumpulan WhatsApp disiasat oleh polis berhubung penularan berita palsu tentang wabak koronavirus di Malaysia. Memetik laporan mStar Online, empat akaun Facebook itu adalah Mr Kong Tuck Wah, Ibu Yati, Roti Sardeen dan Gabungan Anak Terengganu (Original). Manakala, kumpulan WhatsApp yang tidak dinamakan itu dipercayai menyebarkan berita palsu tentang kematian mengejut banduan di penjara Sandakan, Sabah kononnya akibat koronavirus. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed menjelaskan, kertas siasatan dibuka terhadap laman Facebook Mr Kong Tuck Wah di bawah Seksyen 203 (A) Kanun Keseksaan (Pendedahan Maklumat).
Sekiranya sabit kesalahan, pemilik akaun Facebook tersebit boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali. Tiga akaun Facebook yang lain disiasat berikutan memuat naik kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman awam. "Kes disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (Menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau kepada mana-mana golongan awam) yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya. Kelima-lima kes berkenaan turut disiasat dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (pengunaan tidak wajar kemudahan rangkaian) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya. "Polis juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang didapati dengan sengaja mensensasikan isu berkait virus ini," katanya. Semak dahulu kesahihan maklumat yang diterima dan jangan sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat yang boleh mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat. - CARI
|
alesandra: hari ni terima lagi benda bodoh kat wasap. yg konon kes kat bentong pahang.siap ada record suara lagi.taktau nak maki sapa.. yg yg share atau yg mu ...
alesandra: hari ni terima lagi benda bodoh kat wasap. yg konon kes kat bentong pahang.siap ada record suara lagi.taktau nak maki sapa.. yg yg share atau yg mu ...
papadomku replied at 30-1-2020 11:39 AM
Kenapa ye ada jenis org yg suka reka cerita palsu camni? Apa yg dorang dapat eh? Tak faham aku
zacks replied at 30-1-2020 05:48 PM
Saiberteruper umno bnpas punya keja ni colanfirm lah
ADVERTISEMENT