Nama Aliff Aziz dan Bella Astillah sering kali menjadi hiasan muka depan berita dan akhbar tempatan apabila isu berkaitan bekas pasangan ini sering dibualkan oleh para peminat. Malah, ada peminat yang sudah lali dengan isu mereka berdua yang sama dan berulang kali berlaku.
Terbaru, Aliff Aziz sekali lagi dilaporkan telah bergaduh di Singapura bersama orang awam. Menurut video yang dimuat naik oleh warganet, Aliff Aziz sedang mabuk ketika itu dan secara tiba-tiba bergaduh dengan orang awam di tepi jalan di Singapura. Ini bukanlah kali pertama kes seperti ini dilaporkan, sebelum ini juga Aliff Aziz pernah ditangkap kerana bergaduh di tempat awam di Singapura. Dalam pada masa yang sama, Bella Astillah telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia menerima bekas suami, Aliff Aziz untuk kembali ke pangkuannya. Menurut Bella, dia dan Aliff akan membuat pengumuman tersebut apabila sudah tiba waktu yang sesuai. "Kami tidak pernah bermusuh. Semuanya demi anak kami" Tambah Bella lagi, dia tidak pernah bencikan bekas suaminya itu, malah dia berasa bangga melihat perpisahan ini banyak mengajar Aliff Aziz dan mematangkan dirinya. Bella turut tidak menafikan dia ada keluar bersama Aliff Aziz di Universal Studio Singapore (USS). Semoga urusan Bella Astillah dan Aliff Aziz dipermudahkan. - CARI
|
syierodoy84onot replied at 30-1-2020 11:20 AM
Huhu..baru ni cubaan mencuri spek mata rayban non ori.. nasib baik si penjual tu org Malaysia n dapa ...
ADVERTISEMENT