Sebelum ini Zed Zaidi digelar bodoh kerana berkongsi berita palsu berkaitan Coronavirus melalui akaun Twitternya. Dalam status tersebut, ayatnya berbunyi, "Berita tergempar: Semua negara kecuali Malaysia – semua negara mengharamkan pelancong China kecuali Malaysia)."
Susulan itu, bertubi-tubi Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) ini dikecam. Tampil membela diri, Zed berkata dia juga mengetahui fungsi aplikasi menghasilkan berita menggunakan laman breakyourownnews.com itu. "Memang benda tu kita tahu aplikasi berita yang boleh buat apa saja. Takkan la saya tak tahu tu berita palsu," katanya kepada Malaysiakini.
Katanya tujuan dia memuat naik 'berita' tersebut hanyalah sekadar untuk menunjukkan topeng muka yang baru dibeli. Alahai, begitulah ceritanya! Ingatkan memang sengaja nak sebar berita palsu. -CARI |
ADVERTISEMENT