Kekecohan antara pelanggan yang makan atau belajar di restoran makanan segera berlaku kembali. Kali ini daripada pemerhati yang menyaksikan situasi tersebut. Kisahnya sebuah keluarga yang mempunyai tiga anak antara umur 4 hingga 12 tahun. Dua yang lebih kecil kelihatan bermain-main hingga terlanggar meja yang diduduki 10 orang pelajar yang sedang menelaah pelajaran. Seorang pelajar perempuan bingkas bangun lalu menyelar kedua-dua budak tersebut. Mendengar situasi yang genting, ibu bapa kanak-kanak tersebut memarahi anak-anak mereka. Namun ia dipintas oleh seorang wanita yang memarahi kumpulan pelajar itu hingga mereka terus mengemas barang dan keluar. Perkongsian itu mendapat banyak respon dari warganet yang bersetuju dengan wanita tersebut bahawa Mc Donald adalah tempat makan bukannya tempat belajar. Rupa-rupanya ramai yang mengalami perasaan serupa dengan kumpulan pelajar ini. Lebih menarik, status yang sama turut dikongsi oleh warganet di Indonesia yang turut bersetuju. Jadi, sebenarnya yang belajar di restoran segera ini betul-betul ke macam mana? - CARI |
ADVERTISEMENT