Permulaan tahun 2020 nampaknya bukan sahaja dikejutkan dengan penularan wabak coronavirus, malah kini wilayah Afrika Timur pula terpaksa melawan serangan jutaan belalang gurun.
Menerusi laman sosial, dilaporkan kawasan terjejas seperti Habsyah, Kenya dan Somalia teruk diserang jutaan belalang gurun, sehingga menyebabkan kemusnahan ribuan hektar ladang, sekaligus menimbulkan krisis bekalan makanan di wilayah itu. Serangan belalang ini juga menyebabkan petani kerugian besar dan juga hilang mata pencarian mereka. Tambah lagi, bilangan belalang ini dijangka meningkat 500 kali ganda menjelang bulan Jun ini. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) juga memberi amaran bahawa belalang gurun ini mungkin akan memberi kesan kepada negara di kawasan Timur Tengah dan juga Asia Selatan. Serangan oleh serangga ini adalah yang terburuk dalam tempoh 25 tahun.- CARI Sumber : WOB / stlucianewsonline |
dudaberhias: banyak nya... mesti habis tanaman semua dekat sana dah banyak kali kena locust seasons ni...kumpul dalam guni buat goreng pun ok jugak tapi ge ...
Fieza-mira: Dulu2 masa zaman koboi belalang juta nih selalu serang ladang gandum kat Prairie, US. Masa musim petani sibuk nak menuai, time tu lah dia datang seran ...
armin replied at 29-1-2020 05:20 PM
Jual kt Wuhan dorg suka la makan.
dudaberhias replied at 29-1-2020 05:09 PM
banyak nya... mesti habis tanaman semua
dekat sana dah banyak kali kena locust seasons ni... ...
teky replied at 30-1-2020 09:50 AM
dorg xbela ayam ke?? kenyang ayam kalau dpt makan belalang ni... kejap je pejal isi nye..
dudaberhias replied at 29-1-2020 05:09 PM
banyak nya... mesti habis tanaman semua
dekat sana dah banyak kali kena locust seasons ni... ...
ADVERTISEMENT