Tahukah anda, banjir boleh menyebabkan sesebuah kota tenggelam sepenuhnya? Kita akan lihat 4 kota di dunia yang diramal akan tenggelam sepenuhnya dalam masa 100 tahun yang akan datang. Jakarta, Indonesia Masalah kepadatan penduduk menjadi antara sebab utama kota ini akan tenggelam. Sejak tahun 1970, ada sesetengah kawasan di Jakarta yang tenggelam sebanyak empat meter. 60% penduduk di Jakarta menggunakan air bawah tanah untuk sumber harian. Apabila penduduk semakin lama semakin ramai, air bawah tanah akan berkurang, dan melemahkan struktur tanah. Kawasan yang lemah struktur tanah, akan menjadi rendah daripada kawasan lain, dan mudah dilanda banjir. Keadaan ini semakin teruk setiap tahun. Susah untuk diselesaikan kerana penggunaan air bawah tanah oleh penduduk. Jika masalah berlarutan, menjelang tahun 2050, dijangka beberapa kawasan di Jakarta akan tenggelam sepenuhnya. Venice, Italy Venice ialah kota yang didirikan di atas 118 buah pulau kecil. Pulau-pulau ini dipisahkan oleh terowong air dan disambungkan oleh jambatan. Penduduk di Venice adalah seramai 261,905 orang, mengikut statistik pada 2017. Terdapat statistik yang menunjukkan Venice tenggelam sebanyak 0.08 inci setiap tahun. Penduduk tahu tentang hal ini. Kerajaan Itali juga telah membina 78 benteng banjir yang dijangka siap pada tahun 2022. Kos pembinaan adalah sebanyak 6.5 billion US Dollar. Venice sering dilanda banjir, terutamanya pada bulan November dan Mac, membuatkan usaha kerajaan untuk pastikan kota ini tidak akan tenggelam menjadi semakin sukar. Menurut kajian yang dibuat oleh Quartenary International, kota Venice dijangka tenggelam sepenuhnya pada tahun 2100. Bangkok, Thailand Kota Bangkok mempunyai penduduk seramai 10 juta orang. Malang apabila banjir memang menjadi kebiasaan bagi penduduk di kota ini. Antara sebab utama banjir di Bangkok adalah struktur binaan seluruh Bangkok yang dibina di atas permukaan tanah liat yang telah dipadatkan. Bangunan-bangunan yang dibina di atas permukaan membuatkan kawasan itu semakin tenggelam. Tak hairan apabila Thailand disenarai di Global Climate Risk Index pada 2017 sebagai salah satu negara yang paling senang terkena bencana alam. Kerajaan Thailand menghabiskan 412 juta US Dollar untuk membetulkan semula saluran air di seluruh kota untuk cuba menghalang bencana ini. Tambahan, paras air di kota ini meningkat sebanyak 1 sentimeter setiap tahun. Menurut sumber The Guardian, Bangkok dijangka akan mula tenggelam pada tahun 2030, sekiranya masalah ini tidak selesai. Miami, Amerika Syarikat Sekiranya Miami tenggelam, 7 juta penduduk di situ akan hilang tempat tinggal. Punca kota Miami dijangka akan tenggelam adalah disebabkan oleh global warming. Buat masa ini, kerajaan sedang berusaha menaik taraf sistem terowong air, sistem pam air dan juga meningkatkan benteng. Tambahan pula, kota Miami dekat dengan laut. Projek menaik taraf ini menelan kos sebanyak 192 juta US Dollar, dan digelar sebagai Miami Forever. Shanghai, China Shanghai mempunyai penduduk seramai 24 juta orang. Kota ini berisiko untuk tenggelam kerana kedudukannya yang terletak di pinggir China, serta paras air yang naik setiap tahun. Menurut China Environmental News, Shanghai akan rugi 1.2 juta US Dollar untuk setiap milimeter ia tenggelam. Selain itu, aktiviti menggali sumber air bawah tanah telah bermula sejak tahun 1860, sekaligus makin melemahkan struktur tanah. Kerajaan China berusaha untuk selesaikan masalah ini. Menurut Shanghai Geological Bulletin, pada 3 juta tahun dulu, kawasan kota Shanghai sebenarnya berada di dalam laut. Pembangunan yang berterusan di kota Shanghai boleh menyebabkan kota ini tenggelam semula dalam masa 100 tahun.- CARI
|
husna_amal replied at 29-1-2020 01:30 PM
Pemimpin pun kena bijak atasi masalah ni. Macam kat Indonesia, pusat pemerintahan akan berpindah ke ...
chicozinn replied at 29-1-2020 02:41 PM
bijak2 pun sampai kena tarah habis hutan belantara..
Boomibulat replied at 29-1-2020 05:41 AM
Biarla tenggelam..asalkan jgn Pasir Mas
ADVERTISEMENT