CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ini Dia Transmisi Perbualan Akhir Juruterbang Helikopter Kobe Bryant

29-1-2020 11:03 AM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 7589| Komen: 20|Original author: Archaiv

Transmisi Perbualan Akhir Juruterbang Helikopter Kobe Bryant

Helikopter mewah Sikorsky S-76 yang membawa Kobe Bryant bersama anaknya Gianna dan 7 lagi orang dilaporkan terhempas kira-kira 30 km barat laut dari pusat bandar Los Angeles. 

Difahamkan, apabila helikopter terhempas ke tanah, ia terbang kira-kira 184 mph dan turun pada kadar lebih daripada 4,000 kaki seminit, menurut data dari Flightradar24. 

Mereka juga mendedahkan tidak ada kotak hitam di atas helikopter tetapi sebaliknya iPad yang digunakan untuk perjalanan penerbangan.

Juruterbang helikopter tersebut, Ara Zobayan telah meminta dan menerima pelepasan khas untuk terbang di kabus tebal beberapa minit sebelum kemalangan itu. Ia terbang pada 1,400 kaki tinggi menuju ke selatan dan kemudian ke barat.  

Pada awalnya, juruterbang Zobayan meminta pengawal trafik udara memberikan bantuan radar selepas penerbangan tetapi diberitahu helikopter tersebut itu terlalu rendah untuk bantuan itu, kata Jennifer Homendy dari National Safety Transportation Board.


Sekitar empat minit kemudian, mereka diminta terbang lebih tinggi bagi mengelakkan lapisan awan. 'Apabila Kawalan Trafik Udara bertanya lanjut tentang apa yang dirancangkan juruterbang, tidak ada jawapan. Data radar menunjukkan helikopter naik ke 2,300 kaki tinggi dan kemudian mula menjunam ke kiri.'

 

Sumber : Dailymail.co.uk

Homendy berkata, hubungan radar terakhir adalah kira-kira pukul 9.45 pagi (US Time). Dua minit kemudian, seseorang di darat telah menelefon 911 untuk melaporkan kemalangan itu. Kesemua sembilan orang dalam helikopter itu, termasuk bekas bintang NBA dan anak perempuannya yang berusia 13 tahun, Gianna meninggal dunia.


Saat kemalangan udara pada minit ke 3, 
Youtube : R.C. Furlow Global

DI BAWAH ADALAH SENARAI MANGSA.

Sumber : Twitter Search
SENARAI MANGSA : Kobe Bryant, Gianna (anak kepada Kobe Bryant), jurulatih baseball kolej John Altobelli, isterinya Keri dan anak perempuan Alyssa, pelatih bola keranjang sekolah rendah Christina Mauser, penumpang Sarah Chester dan anak perempuannya Payton, dan juruterbang Ara Zobayan.- CARI 

Rujukan : Dailymail.co.uk


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 29-1-2020 11:12 AM
kesiannye, ramai pompuan rupanya
Quote MissVixen 29-1-2020 11:55 AM
Takutnya. Macam mana la perasaan beberapa minit sebelum terhempas tu. Turbulence kuat pun aku nak terkincit rasa
Quote pokaibanktokyo 29-1-2020 12:37 PM
Nama dan suara Ara Zobayan  macam perempuan. Bila tengok gambo baru aku tau dia laki
Quote husna_amal 29-1-2020 01:04 PM
Kesiannya. Orang hebat2 yang jadi mangsa nahas.
Quote Artemesiaa 29-1-2020 01:08 PM
Lalu dikawasan cuaca kurang baik agak membahayakan tambah lagi bila naik helikopter apa pun takziah buat semua keluarga mangsa yang terlibat
Quote CikB 29-1-2020 02:38 PM
no komen......
Quote MadameOnion 30-1-2020 08:33 AM
seram sejuk aku dengar bila dah takda response tu....
Quote keds 30-1-2020 10:08 AM
Malang tak berbau
Quote Archaiv 31-1-2020 02:17 PM
zulka replied at 29-1-2020 11:12 AM
kesiannye, ramai pompuan rupanya

Mendiang Kobe Bryant bawa kawan/ibubapa dan jurulatih anak perempuannya.  Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 31-1-2020 02:19 PM
MissVixen replied at 29-1-2020 11:55 AM
Takutnya. Macam mana la perasaan beberapa minit sebelum terhempas tu. Turbulence kuat pun aku nak te ...

Ada footage helikopter tu terbang menyerong kat youtube yang baru di-upload oleh seseorang. Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 31-1-2020 02:19 PM
pokaibanktokyo replied at 29-1-2020 12:37 PM
Nama dan suara Ara Zobayan  macam perempuan. Bila tengok gambo baru aku tau dia laki

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 31-1-2020 02:23 PM
husna_amal replied at 29-1-2020 01:04 PM
Kesiannya. Orang hebat2 yang jadi mangsa nahas.

Kalau tengok video tribute 24 seconds dan 8 seconds violations rule di NBA untuk Kobe Bryant, tiada seorang pun yang memandang rendah dengan kehebatannya di atas gelanggang. Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 31-1-2020 02:24 PM
Artemesiaa replied at 29-1-2020 01:08 PM
Lalu dikawasan cuaca kurang baik agak membahayakan tambah lagi bila naik helikopter apa pun takziah  ...

Ya, dah memang ajal tu. Dia dah request terbang tinggi tapi belum sempat lagi dibenarkan sudah hilang kawalan. Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 31-1-2020 02:25 PM

terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 31-1-2020 02:27 PM
MadameOnion replied at 30-1-2020 08:33 AM
seram sejuk aku dengar bila dah takda response tu....

Helikopter yang dipakai pun tersangat canggih. Tapi dah memang ajal. Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 31-1-2020 02:28 PM

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote any42 31-1-2020 03:59 PM
saat2 akhir tu camna la msing2. i yg gyat nervous tiap kli naik flight pun mcm2 surah bca lg2 klau time turbulence trus brair mata nk nangis punya la takut.
Rip utk smua mngsa
Quote Archaiv 1-2-2020 12:07 PM
any42 replied at 31-1-2020 03:59 PM
saat2 akhir tu camna la msing2. i yg gyat nervous tiap kli naik flight pun mcm2 surah bca lg2 klau t ...

Tak tahulah pula. Sebab tiada blackbox. Terima kasih sebab sudi baca.
Quote BlackOpium 1-2-2020 01:07 PM
Sedihnya tengok gambar tu.

Naik flight yang kena mild turbulence pun I dah rasa seram sejuk. Tak henti2 doa supaya perjalanan selamat dan dipermudahkan.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.071228 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top