CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ketumbuhan Dalam Rahim Punca Saya Susah Nak Hamil Lagi,"- Scha Alyahya

28-1-2020 12:11 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 22473| Komen: 89|Original author: SakuraJo

Description: Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Binti Syed Mahadzir Alyahya baru- baru ini telah pun selamat menjalani pembedahan bagi membuang endometriosis atau bahasa mu ...
Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Binti Syed Mahadzir Alyahya baru- baru ini telah pun selamat menjalani pembedahan bagi membuang endometriosis atau bahasa mudahnya, ketumbuhan dalam rahim. 


Menerusi laporan Media Hiburan, ia merupakan pembedahan kali kedua bagi Scha kerana sebelum ini dia pernah menjalani pembedahan yang sama kira-kira tujuh tahun yang lalu sebelum mengandungkan anak sulungnya, Lara.

"Saya dimaklumkan terdapat ketumbahan baru dan disarankan untuk menjalani pembedahan."

"Perkara ini tak mengejutkan kerana saya difahamkan yang ianya memang boleh berulang lagi terutama bagi individu yang pernah mengalaminya," jelas Scha sambil mengatakan faktor pemakanan merupakan antara punca ketumbuhan tersebut.

Tambah Scha lagi ketumbuhan tersebut juga merupakan antara punca dia sukar untuk hamil lagi.

"Meskipun ada rawatan alternatif lain untuk hamil, sekurang-kurangnya saya kena buang ketumbuhan ini dulu," ujar Scha yang turut berharap untuk hamil buat kali kedua. 



Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Scha cepat sembuh. 

Kredit foto : Ig Scha Alyahya
Scha mendirikan rumah tangga bersama Awal Ashaari pada tahun 2012 dan telah dikurniakan dengan seorang anak perempuan yang kini sudah berusia enam tahun.

Semoga dipermudahkan segala urusan Scha dan berjaya untuk hamil lagi. Mesti seronok Lara kalau dapat adik! -CARI
4

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • sapeka

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fliphair8 28-1-2020 12:36 PM
semoga cepat sembuh, ade rejeki lara ade adik...hakak peminat lara yg comei dan bijak...sesuai dgn umur...
Quote husna_amal 28-1-2020 12:42 PM
Katanya disebabkan faktor makanan terjadinya ketumbuhan tu. Nampaknya kita kena hati2 dan kena cari ilmu tentang hal2 macam ni.
Quote suiskipas 28-1-2020 12:59 PM
husna_amal: Katanya disebabkan faktor makanan terjadinya ketumbuhan tu. Nampaknya kita kena hati2 dan kena cari ilmu tentang hal2 macam ni.


Byk makanan skrg yg trigger hormon. Kdg2 vitamin2 yg kite makan pon boleh buat ketumbuhan2 ni aktif.
Quote MsKoreanfanatic 28-1-2020 01:04 PM
Edited by MsKoreanfanatic at 28-1-2020 01:07 PM
husna_amal replied at 28-1-2020 12:42 PM
Katanya disebabkan faktor makanan terjadinya ketumbuhan tu. Nampaknya kita kena hati2 dan kena cari  ...

kurangkan mknn berproses mcm sosej, nugget etc tapi setiap wanita pasti kena (tk pasti nisbah brp)..

iols pun pernah operate 3 thn lps.. sbb ketumbuhan.. sbb byk sgt kiri kanan (beberapa ketulan besar n kecil).. terpaksa buang rahim sekali sbb dah rosak.. nak elakkan bleeding byk masa operation tu jugak.. ada jugak ketulan yg tersorok n hampir2 ke pundi kencing.. sbb tu kerap gi toilet..

Alhamdulillah ketulan tu bukan cancer.
Quote sfrnna 28-1-2020 01:13 PM
MsKoreanfanatic replied at 28-1-2020 01:04 PM
kurangkan mknn berproses mcm sosej, nugget etc tapi setiap wanita pasti kena (tk pasti nisbah brp) ...

Nak tanya macam mana chuols tau. Ada tanda2 sakit ke?? Takut pulak baca
Quote Kurex 28-1-2020 01:40 PM
ingatkan awalina dah tak sanggup hadap kerang lagi..

semoga cepat sembuh
Quote JiEunTak 28-1-2020 01:42 PM
I detect cyst masa pi regular check preggy... masa tu preggy 12 weeks... cyst lagi besar dr fetus... 7cm tu... masa tu bdn persis model maka dok assume perut muncit2 manja sbb preggy...rupanya sbb cyst... tgk week 14 buat op....remove cyst... kata Dr badan aku nih, bila preggy, hormones akan trigger cyst... masa 2nd x dak, masa 3rd pregnancy dia mai balik, tp alhamdulillah, masuk week 13 ka 14 cam tu dia kecut....x yah buat op..

Yang aku tau, ada kes cyst/fibroid nih....xleh consume ubat2 herb based, mcm makjun apa suma tu...benda2 tu hangat, leh trigger cyst... even mcm ayam pun xleh makan kerap sgt.... sbb ayam lani byk cucuk .... kna byk makan sayoq and buah2an...
Quote Lavender85 28-1-2020 01:54 PM
Takutnya klau majoriti pmpn kena. Mcm mn nk tau tanda2 kita ada ketumbuhan ye?
Quote Boomibulat 28-1-2020 01:56 PM
Ingatkan perut 'abang Rahim korang' yg ada ketumbuhan..
Quote meisapoya 28-1-2020 02:06 PM
Oh ingatkan sebab merancang anak sorang je. Papepon, semoga cepat sembuh & dapatlah kembangkan family lagi...
Quote bunga_sakura 28-1-2020 02:06 PM
moga cepat sembuh
Quote kiah_mai_pulak 28-1-2020 02:10 PM
mungkin kifarah ats kecatdindingan.. huhuhu
Quote ogata 28-1-2020 02:41 PM
JiEunTak replied at 28-1-2020 01:42 PM
I detect cyst masa pi regular check preggy... masa tu preggy 12 weeks... cyst lagi besar dr fetus... ...

termasuk product seperti soya...
Quote fofuler 28-1-2020 03:10 PM
Lavender85: Takutnya klau majoriti pmpn kena. Mcm mn nk tau tanda2 kita ada ketumbuhan ye?
Ramai kan yang kena, itu lah tak tau apa punca sebenar.  Selalunya bila tak dapat conceive pegi check ultrasound baru tau. Ada juga yang masa period pain dia sakit teruk plus period tak teratur
Quote minguk 28-1-2020 03:38 PM
gws                  
Quote mawar_mustika 28-1-2020 03:40 PM
Lavender85 replied at 28-1-2020 01:54 PM
Takutnya klau majoriti pmpn kena. Mcm mn nk tau tanda2 kita ada ketumbuhan ye?

bila senggugup terlampau kuat...
mcm i dlu ble period mmg gila sakit kadang2 terpaksa ambk panadol utk kurangkan sakit(ni kwn i ajar huhu)
last2 period i jd xteratur..ikut ske hati nk dtg..kadang2 2kali sebulan..
perut buncit semacam...mcm i dlu sbb i kurus so xnmpk tp ble doktr selak baju nk scan doktr pun terkejut katanye perut i mcm org mengandung 5bln huhuhu...
i pernah ambk product2 yg ada colagen...and i pernah ambk herba traditional...tu semua sbb nk cantik kononnye...
skrg lps operate semua tu dh stop...tp lps operate 4 thn lalu my period still kacau bilau hahaha...doktot kata masalah hormon...doktor suggestkn kawin utk  dapatkan anak..tp problemnye skrg calon pun xde huhuhu

Quote intanazlynna 28-1-2020 04:17 PM
endo sucks
stay strong endo sis <3
Quote JiEunTak 28-1-2020 04:18 PM
ada yg tau bila gi scan masa preggy...
as for kawan aku yg x preggy...
dia kata dia stat rasa sakit bawah perut....
pastu masa dok cangkung rasa sakit2 gitu...


kalau korang rasa sakit2 bawah perut tu...
atau atas ari2....
pegi lah jumpa doktor...
Dr pun akan scan biasanya...
Quote rosasen 28-1-2020 04:28 PM
mawar_mustika replied at 28-1-2020 03:40 PM
bila senggugup terlampau kuat...
mcm i dlu ble period mmg gila sakit kadang2 terpaksa ambk panado ...

i dah kawen pn, masalah hormon x settle2.. huhuhuh

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.101648 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top