Sharnaaz Ahmad menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia tak pernah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina bersama Noor Nabila. "Usaha untuk berbaik sangat subjektif. Apabila terjadi sebegini kita buat benda baik pun takkan nampak. Sebenarnya usaha itu ada. Daripada pihak saya, begitu juga dengan dia. Masing-masing cuba betulkan perhubungan tapi entahlah.
"Kalau tiada usaha, macam mana saya boleh sambut Aidilfitri bersama.Alih-alih pada bulan Ogos, iaitu pada hari kelahiran saya dan Jebat, saya menerima surat permohonan cerai dari Nabila. "Ketika itu, menitik juga air mata dan apa yang saya fikirkan hanyalah anak, Jebat Jayden Ahmad. Keadaan yang sudah jadi baik bertukar sebaliknya dan saya sangat terkejut,??? katanya kepada Gempak.
Tambah aktor ini lagi, dia baru pertama kali menjadi bapa dan mungkin ada banyak salah namun dia cuba untuk perbaiki dan tak mengulanginya lagi. "Namun, jika kesalahan lama diungkit berkali-kali, itu tidak adil."
Doakan sahaja yang terbaik buat mereka. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|