CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Masa Trending Lah Bikin Filem, Jangan Jadi Macam Nur Kasih, Filem Flop Sebab Aura Dah Takda"

27-1-2020 09:20 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 20440| Komen: 125



Penangan Kampung People masih hebat diperkatakan biarpun ianya sudah pun berakhir beberapa minggu lalu. Ada yang meminta siri itu disambung kepada musim kedua atau membuat episod khas seperti puasa, raya dan sebagainya. Namun, tiada pengumuman rasmi daripada mana-mana pihak berkenaan cadangan tersebut.

Blogger tempatan yang juga sentiasa mengulas filem tanah air, Sultan Muzaffar di ruangan Twitternya meminta penerbit drama bersiri Kampung People mengambil kesempatan 'trending' siri ini untuk membikin versi filem berbanding meneruskan idea membuat sambungan musim kedua. Ini kerana membuat filem lebih berbaloi berbanding drama bersiri jika jenama itu sendiri benar-benar disukai ramai.

Twitter

Malahan, peringatan supaya melihat kembali tragedi ke atas drama bersiri yang pernah menjadi fenomena juga harus diberi perhatian. Ianya sudah pun berlaku apabila dibuat musim kedua, barulah menyambungnya dengan versi filem, ia sudah tidak diminati lagi kerana aura drama berkenaan sudah hilang. Sepertimana yang pernah berlaku pada drama Keluarga Iskandar dan Nur Kasih. Dengar-dengar cerita, drama bersiri Nur juga akan difilemkan walaupun fenomenanya sudah menurun.

Google


Cadangan tersebut mendapat perhatian penerbit Kampung People itu sendiri, Wan Hasliza Wan Zainuddin yang menjelaskan ianya adalah kerana soal harta intelek drama tersebut adalah milik syarikat yang menyiarkannya. Sama lah seperti apa yang terjadi pada drama Keluarga Iskandar yang didakwa difilemkan beberapa tahun lepas tetapi masih belum disiarkan kerana masalah tertentu.


Google

Bagaimanapun, adalah menjadi tanggung jawab pengkarya untuk menjelaskan pro dan kontranya mengenai sesuatu produk kepada syarikat tersebut. Pengalaman tetah membuktikan drama Nur Kasih yang begitu popular tetapi filemnya tidak menjadi kerana terlalu lama menunggu untuk ditonton.

Google

Jadi, bagaimana? Anda nak tonton drama raya atau nak tunggu filem sahaja? Jom kita nantikan pengumuman mereka nanti. - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 27-1-2020 09:35 AM
Drama raya dah la. Koser nk gi tgk wayang
Quote September14 27-1-2020 09:36 AM
Oh nur kasih tu ada movie ek x tau lak tp klu dah smua konflik dah setel kt drama yg pg buat movie lg apa je pengisian dia?

Tapi klu kg people ni genre komedi so boleh je dikembangkn jln cter klu nk buat movie... mngkin leh buat mcm seram komedi.. mcm cter main2 hantu atau hntu kaklimah ke.
Quote cicicumel 27-1-2020 09:40 AM
NUR pon dah cancel.. nk tggu si Amyra tu beranak.. hype pom da low.. lagipon 2nd season pon x sebest 1st.so better cancel.
Quote kibodwatriuh 27-1-2020 09:40 AM
Dah kenapa nak kena filemkan? Buat jelah drama lain? Takdak kreativiti? Kena use and abuse satu idea sampai habis lunyai?

Plus, OVERRATED.
Quote KarinaKapur 27-1-2020 09:42 AM
Stuju buat drama je... Xkuasa la nak p tgk wayang wlpon iols minat crta ni, bukan ada special effect, sound kebabom ke apa nk tgk kat wayang.. Buat utk bulan puasa la,mesti best..buat movie msti x laku jgk nant
Quote leftrani_kel 27-1-2020 09:43 AM
Buat drama je la..tapi kembangkan..wajib bersiri2..baru la hepi weekend Aku..
Quote wirazam 27-1-2020 09:44 AM
wow ip dipegang oleh tv3...mesti byrannya kpd produser besarkan siap dpt ip semua...

buat siri 2 je dan ketengahkan isu isu masyarakat yg tgh in skrg...isu2 masyarakat malaysia nih tak pernah habis..
Quote bloodyamuk 27-1-2020 09:50 AM
tak payah la buat filem, orang tengok drama KP pun kat YT je...
Quote ashilalat 27-1-2020 10:10 AM
Keluarga iskandar is a big waste sebab x buat sambungan siri untuk musim ketiga. Katanya dah buat filem, tp terperuk. Baik buat musim ketiga jah utk Keluarga Iskandar sebab ada banyak lagi persoalan belom selesai masa musim kedua. Uda dah balik. Siapa uda? Abang Long jatuh cinta dgn Huzairah, kawen kah diorg? Alan dah bertunang dgn huzairah nak putus tunang, jadi ke putus? Rugi betol stop sampai musim ke 2 ja. Jangan smpai Mak Jah Allah dah set from the top dah x ada, baru terhegeh nak shooting musim ke3.

Kampung people ni pon, buat drama je sudah. X yah la buat felem.
Quote abadi84 27-1-2020 10:15 AM
September14 replied at 27-1-2020 09:36 AM
Oh nur kasih tu ada movie ek x tau lak tp klu dah smua konflik dah setel kt drama yg pg buat movie l ...

Pengisian dia siaran ulangan.
Adam hilang, Adam sakit...
Nur x mengandung
Quote blusher 27-1-2020 10:23 AM
Please continue with drama je. Tak perlu sampai film
Quote RumiMenari 27-1-2020 10:29 AM
Nur Kasih the movie tu nak cerita sampai habis hidup nur, adam alzheimer dan tua bersama dan aidil meninggal.. time tu pergi tgk pun sbb bam wemy & tizz sgt helokkk on screen {:love ..

Quote Pujangga22 27-1-2020 10:42 AM
abadi84 replied at 27-1-2020 10:15 AM
Pengisian dia siaran ulangan.
Adam hilang, Adam sakit...
Nur x mengandung

mcm sinetron dah...tu yg jadi bosan..pdhal awal season best sangat2..
Quote Pujangga22 27-1-2020 10:45 AM
noraidil_06 replied at 27-1-2020 09:35 AM
Drama raya dah la. Koser nk gi tgk wayang

setuju..buat jer lah telefilem raya...feel wayang ngn drama tak sama..
Quote sukacactus 27-1-2020 11:03 AM
ashilalat replied at 27-1-2020 10:10 AM
Keluarga iskandar is a big waste sebab x buat sambungan siri untuk musim ketiga. Katanya dah buat fi ...

Diorang nak sambung tp astro yg xminat, bodoh la astro...keluarga iskandar tu ramai fan kot
Filem dah shooting lama dah, kata nak tayang sept '19 tunggu pya tunggu xde jg
Last2 hausss!!
Quote ashilalat 27-1-2020 11:05 AM
sukacactus replied at 27-1-2020 11:03 AM
Diorang nak sambung tp astro yg xminat, bodoh la astro...keluarga iskandar tu ramai fan kot
Filem ...

Serius astro x minat? Awatnya sampai skrg dok ulang2 tayang kat astro season 1 dgn 2. Babilu astro
Quote MsCinderella 27-1-2020 11:15 AM
ashilalat replied at 27-1-2020 10:10 AM
Keluarga iskandar is a big waste sebab x buat sambungan siri untuk musim ketiga. Katanya dah buat fi ...

bkn x nak buat smabungan....astro x nak sambung musim ke tiga..bila producer nak siar ke stesen lain x leh sbb hak siaran astro dah pegang
Quote MsCinderella 27-1-2020 11:16 AM
sukacactus replied at 27-1-2020 11:03 AM
Diorang nak sambung tp astro yg xminat, bodoh la astro...keluarga iskandar tu ramai fan kot
Filem ...

kesian kan produser...mcm2 ikhtiar depa buat..jual barangan KI...x brapa nak jalan gak
Quote sukacactus 27-1-2020 11:20 AM
ashilalat replied at 27-1-2020 11:05 AM
Serius astro x minat? Awatnya sampai skrg dok ulang2 tayang kat astro season 1 dgn 2. Babilu astro

Tu yg wan hasliza explain kat fb dl bila ramai tya
So nak buat cemana

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.059108 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top