Pemegang kad orang kurang upaya (OKU) penglihatan hari ini tidak mengaku melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya berusia 17 tahun di Batu Gajah, sejak tahun lalu. BERNAMA melaporkan, berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Salleh Mohd Yusop, 43, didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa kira-kira jam 5 petang antara 26 dan 27 Disember 2019 dan antara jam 3 petang hingga 3.30 petang pada 7 dan 13 Januari lalu di sebuah rumah di Kampung Baru Sungai Terap, Batu Gajah. Bapa empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjarakan maksimum 20 tahun dan sebat serta menjalani pengawasan polis hingga tiga tahun. Salleh juga didakwa melakukan persetubuhan di luar tabii sekitar jam 5 petang antara 26 hingga 27 Disember dan kira-kira jam 3.30 petang pada 7 Januari di tempat sama.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun serta sebat selain menjalani pengawasan polis tidak melebihi tiga tahun, jika sabit kesalahan. Peguam bela Khairul Fairuz Rahman sebelum ini memohon ikat jamin rendah memandangkan tertuduh hanya bergantung kepada bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setiap bulan sejak mengalami masalah penglihatan akibat kemalangan ketika bekerja di sebuah kilang 13 tahun lalu selain mempunyai empat anak masih bersekolah. Khairul juga meminta mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan dua anak perempuan tertuduh berusia 13 tahun termasuk mangsa sudah berpindah ke Sarawak bersama ibu mereka. Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin. Selain itu, tertuduh dikenakan syarat tambahan di mana dia dikehendaki melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan dan tidak boleh mengganggu mangsa serta mana-mana saksi atau jaminan akan ditarik. Mahkamah menetapkan 27 Februari ini sebagai sebutan semula kes dan bagi menunggu laporan forensik ke atas mangsa. - CARI
|
matchstick replied at 24-1-2020 05:54 PM
X padan dgn buta.. Nmpk pulak dia time nk menusuk tu ye
jerukkedondong replied at 24-1-2020 06:03 PM
Serius aku nk tanya ni...amang seksual fizikal tu mcm mn?
gideoncross replied at 25-1-2020 11:44 PM
OKU kan? Msti boleh lpas ni atas kad OKU. Akhir zman ni OKU pun dh start pndai.
sekngucing replied at 2-4-2020 07:46 PM
oku ni.. bnyak kekurangannya bebanding org biasa
salah satu ialah utk. melampiaskan nafsu..
ADVERTISEMENT