Berbeza dengan adiknya, Farali Khan, lebih memilih untuk 'diam-diam' soal hal peribadinya daripada menjadi tatapan umum. Kata aktres Indonesia kelahiran Malaysia itu, sikapnya yang perahsia menjadikannya berbeza dengan adik beradiknya, Miller dan Isa. Katanya, sosial media merupakan platform di mana semua orang akan bertandang untuk berborak. "Saya kalau pasal privasi, saya tidak suka dedahkan terlampau banyak. Saya lebih suka untuk kongsi kata positif yang beri semangat kepada orang lain. Untuk buat sesuatu yang tular bagi mendapatkan populariti itu bukan diri saya.
“Kalau orang nak tahu pasal teman lelaki saya pun tidak akan didedahkan. Saya bagitau sedang mengenali seseorang saja," ujarnya kepada Gempak. Farali bagaimanapun mendedahkan masih belum berpunya, namun akan mengumumkan berita gembira itu ketika mahu memberi kad jemputan kelak. “Tunggulah, saya hanya akan umumkan bila nak bagi kad jemputan nanti. Itu lagi baik,” katanya. Memang jauh berbeza dengan adik dan bakal adik iparnya, Risteena Munim! - CARI
|
husna_amal replied at 24-1-2020 04:22 PM
Farali ni belum terkena lagi penangan angau bercinta. Entah2 dah dapat laki nanti semua benda nak di ...
munchkin replied at 24-1-2020 04:08 PM
Kalau ko privasi sangat ko takde social media. Ckp lain buat lain
chandrahusin replied at 24-1-2020 04:47 PM
sukanya aku komen ni acah2 private person
ADVERTISEMENT