Akibat memakai 16 cincin ketat, seorang lelaki menanggung derita enam bulan apabila 10 jarinya bengkak, lapor Harian Metro. Walaupun terpaksa menahan sakit selama enam bulan, lelaki itu bagaimanapun enggan menanggalkan 16 bentuk cincin pelbagai jenis yang dipercayainya sebagai pelindung diri.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Razif Musa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.53 petang semalam sebelum mengerahkan tiga anggota dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke sebuah kediaman di Bandar Baru Permas Jaya di Johor Bahru. “Pihak bomba mengambil masa dua jam untuk memujuk mangsa supaya ke hospital selepas pihak polis tidak berjaya memujuknya. “Mangsa turut diberi ubat bius oleh pihak Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mengelakkan dia bertindak agresif,” katanya.
Anggota mengambil masa 20 minit untuk menanggalkan kesemua cincin itu menggunakan alat ‘ring cutter’ dan operasi tamat jam 5.36 petang. Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut. - CARI
|
Boomibulat replied at 23-1-2020 05:08 PM
lebih kurang mcm ni kut..tp ni kat siam
Pink_Purple replied at 23-1-2020 05:41 PM
gangster la ni gamaknya..
yang kat siam tu orang giler ,nak buat macam mana, nasib ada orang prih ...
BicaraHatiku replied at 24-1-2020 09:46 AM
cincin2 azimat ler tu... berapa byk saka dia ternak cer sruh bang bomba tanyer...
ninja9 replied at 24-1-2020 10:48 AM
haha.. klu dah tahap sayang mcm tu besar kemungkinan tempat simpan saka lah tu
ADVERTISEMENT