Selebriti Azwan Ali memang dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara. Menerusi video di Twitternya, Azwan mendakwa dihidangkan kari ayam semalam sewaktu beliau mahu bersarapan di restoran nasi ayam terkemuka. Azwan berkata restoran berkenaan tidak seharusnya membiarkan pekerja di bahagian dapur tanpa pemantauan sehingga menjejaskan kualiti makanan. "Melabur berjuta-juta untuk buka kedai macam ni tolonglah jaga kualiti. Kalau kau rasa nak guna semula sangat, kari ayam tu kau sejuk bekukan dulu, bukan pagi-pagi panaskan," kata Azwan lagi. Warga maya memuji tindakan Azwan kerana berani memberikan teguran. Sekarang ini, terlalu banyak makanan sedap. Akan tetapi terlalu kurang yang sedap dan selamat. Pelanggan kini lebih prihatin hal makanan. Maka peniaga wajib ubah mentaliti agar lebih menjaga kebersihan dan kualiti makanan barulah berbaloi dengan harga yang dibayar ye dak? - CARI Sumber - Twitter Diva AA |
prettyuglybabe replied at 24-1-2020 11:36 AM
macam mana dia tau tu kari ayam semalam?
miamiot replied at 24-1-2020 11:46 AM
iolls x fhm ayat dia tu ...
kalau kau nak guna kari tu balik , kau sejuk bekukan kari tu dulu , ...
miamiot replied at 24-1-2020 11:46 AM
iolls x fhm ayat dia tu ...
kalau kau nak guna kari tu balik , kau sejuk bekukan kari tu dulu , ...
kucingitam replied at 24-1-2020 11:59 AM
yes. kari, asam pedas, kuah laksa.
saviour_09 replied at 24-1-2020 11:42 AM
#kauhado??!!!
#kauskolahtak?!
#caruttzzzz
ADVERTISEMENT