Siapa sangka seorang ibu menaiki penerbangan ke Jerman menggunakan pasport bayi lelakinya tanpa langsung disedari pihak lapangan terbang.
Daily Star melaporkan, Lenesha Riley, 33 naik penerbangan dari London ke Berlin dengan menggunakan dokumen bayinya secara tidak sengaja. Pun begitu, dia hanya menyedari hal tersebut apabila tiba di lapangan terbang Jerman. Susulan itu, dia terkandas di bandar raya itu dan tidak dapat pulang ke negaranya. Difahamkan, wanita ini terpaksa meminta pertolongan sepupunya untuk datang ke Berlin dan membawa pasportnya yang sah.
"Takutnya bila fikir orang lain boleh keluar dan masuk negara menggunakan pasport yang berbeza. "Ia sudah tentu risiko keselamatan," kata Lenesha. Namun akhirnya, wanita ini dibenarkan memasuki Berlin apabila saudaranya itu menghantar gambar salinan pasportnya. Lenesha dalam pada itu berasa hairan dan sukar percaya bagaimana pihak syarikat penerbangan membiarkannya menaiki penerbangan tanpa persoal dokumennya sebelum itu ketika di London. - CARI |
wirazam replied at 23-1-2020 06:42 PM
pergh...musti berpeluh2 pegawai imigresen london tu nak menjawab...
MissMamamia75 replied at 23-1-2020 07:10 PM
Mungkin mukanya baby face gitu
Normally kalo org dr Asia pegi ke negara2
lain..kdg2 siap kena buka ...
KIM.K replied at 23-1-2020 09:35 PM
Cuba makcik ni berhijab & nama Shuhada/Shaheeda ke. Maunya bersoal jawab
Kampungpeoplesz replied at 23-1-2020 09:00 PM
Mmg ada yg kene buang keje la jawabnya
violetungu replied at 23-1-2020 06:52 PM
Diri sendiri tu tak sedar ke salah bawa pasport?? tak pasal org lain disalahkan dan kehilangan kerja ...
Lenesha dalam pada itu berasa hairan dan sukar percaya bagaimana pihak syarikat penerbangan membiarkannya menaiki penerbangan tanpa persoal dokumennya sebelum itu ketika di London
ADVERTISEMENT