Wabak coronavirus yang menyebabkan beberapa kematian di negara China dikesan datang dari ular yang dijual di pasar. Menurut Daily Mail, senarai makanan atau menu yang dijual di sebuah pasar di Wuhan, China ini dikatakan tempat bermulanya penyebaran virus baharu (coronavirus) yang kini mencetuskan panik di seluruh dunia. Macam-macam daging ada. Virus itu bersifat zoonotic, yakni disebarkan dari haiwan kepada manusia. Sebenarnya, transmisi virus dari haiwan ke manusia memang boleh berlaku dan bukan satu perkara yang baru. Ini dinamakan 'Cross species transmission' dan berlaku bila virus itu bertukar bentuk. Satu contoh yang paling terkenal adalah virus HIV/ Aids. Ia dikesan berpunca dari monyet yang kemudiannya berpindah kepada manusia. Bagaimana ia berpindah? Monyet yang sakit itu ditangkap dan dimakan. Dan manusia yang sakit itu memindahkan ke hos manusia yang lain melalui pemindahan darah atau seks rambang. Dalam kes di Wuhan, paling terbaru, ia dikatakan berasal dari sejenis spesis ular tedung. Sebelum itu, ia dipercayai berada dalam badan kelawar. Virus corona agak misteri setakat ini kerana dikesan mampu hidup dalam perumah yang memiliki darah panas dan juga darah sejuk. Selalunya, virus hanya mampu hidup dalam salah satu sahaja, bukan kedua-duanya. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan bahayanya coronavirus. Beberapa kematian sudah direkodkan di serata dunia dengan rekod paling tinggi di Wuhan yang kini sudah mencecah lebih 139 kes. Sementara itu, susulan penularan wabak tersebut, Malaysia mengambil langkah untuk mengawal ketat pintu masuk antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pasukan bertindak telah diletakkan di pintu masuk dan kemudahan kesihatan di seluruh negara terutamanya di KLIA. Semalam, tiga kes sudah disahkan di luar China, iaitu dua di Thailand dan satu di Jepun. Kesemuanya merupakan individu yang pernah ke Wuhan baru-baru ini. Kesimpulannya, berhati-hati la dengan apa yang kita makan. Saintis telah membuktikan 'anda adalah apa yang anda makan'. Malah, bagi Muslim, ajaran Islam sangat menitikberatkan aspek halal dan haram dalam pemakanan kita. "Wahai orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan (kurniakan) kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya." (Surah Al-Baqarah, ayat 172) Semoga bermanfaat. - CARI
|
msdummy.2018 replied at 24-1-2020 10:22 AM
aku bukan nk salahkan CHINA tuh sgt..tp aku hangin btol tgk CINA MALAYSIA yg sesak sgt nk ke CHINA.. ...
Melur1 replied at 24-1-2020 10:42 AM
makan kena jaga..takkan semua nak di lahap. Melainkan kecemasan
fizamn replied at 24-1-2020 10:41 AM
China mmg suka makan pelik pelik.. depa nie moral compass mmg hauk tul la... selagi tekak n peur ble ...
sarah82 replied at 24-1-2020 10:35 AM
Aku bersyukur dilahirkan islam... Makan ikut apa yg Allah tetapkan.
fizamn replied at 24-1-2020 10:41 AM
China mmg suka makan pelik pelik.. depa nie moral compass mmg hauk tul la... selagi tekak n peur ble ...
Catpaw replied at 24-1-2020 10:54 AM
Senang otak aku baca yang reputs natrahn ni tulis, terus ja faham apa, tak memerlukan keringat menit ...
ADVERTISEMENT