Kejam, seorang bayi dilaporkan ditinggalkan di KPJ Damansara dengan wang RM100 pada baru-baru ini. Susulan itu, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Petaling Jaya sedang mengesan waris bayi lelaki itu bagi membantu urusan dokumen pengenalan diri.
Memetik laporan Harian Metro, bayi itu, Ayden @ Toby Ayden yang berusia sebulan dipercayai ditinggal di baby hatch KPJ Damansara pada 1 Januari lalu. “Bayi itu ditinggalkan bersama barang keperluan bayi seperti susu, baju, lampin pakai buang serta wang RM100. “Bayi itu kemudian dirujuk untuk tindakan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling memandangkan tiada dokumen kelahiran dilampirkan bersama,” kata Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Hamzalina Haris.
Sementara itu, bayi berkenaan sedang ditempatkan di bawah jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) selama sebulan untuk siasatan lanjut. Waris atau orang ramai yang mengenali Ayden boleh menghubungi talian 03-78422584 atau 03-78422587. - CARI
|
legal_jue11 replied at 23-1-2020 05:42 PM
Apapun tinggalkan lah dengan dokumen kelahiran, bayi ni nanti akan didaftarkan kelahiran, sijil lahi ...
RumiMenari replied at 23-1-2020 05:57 PM
Terima kasih kepada ibu/waris yg tinggalkan baby ni di baby hatch kerana anda masih lg ada nilai kem ...

Kurex replied at 23-1-2020 05:41 PM
kenapa kauuuuuuu, kau kalau tak mampu, bagi by hand, bukan letak terbiar gitu... hmmm sedih aku.. pi ...
ADVERTISEMENT