Pasti mengujakan dan dalam masa yang sama membanggakan apabila Korea Selatan kini turut menggunakan bahasa Melayu pada papan tanda di negara itu.
Ia bagi memudahkan pelancong dari Malaysia dan negara nusantara yang datang melancong ke sana. Hal tersebut dikongsikan oleh Zakaria Aziz menerusi Facebook yang menunjukkan beberapa stesen pengangkutan awam dan juga kawasan pelancongan menggunakan bahasa Melayu. “Oleh kerana kebanjiran pelancong nusantara terutamanya dari Malaysia ke Korea Selatan saban tahun, kerajaan Korea berbesar hati memasukkan papan tanda Bahasa Melayu bagi tujuan kesenangan pelancong di beberapa stesen dan kawasan tumpuan pelancong,” katanya.
Projek MM memetik Persatuan Pelancongan Korea berkata, seramai 350,826 rakyat Malaysia melawat Korea Selatan pada tahun lalu sahaja. Warganet berasa teruja dan gembira dengan perkembangan tersebut dan menganggap orang Korea menerima Malaysia dengan hati terbuka. Malah, ramai Youtuber Korea yang membuat ulasan dan reaksi terhadap budaya dan makanan Malaysia. “Di YouTube, ramai orang Korea yang membuat ulasan tentang Malaysia. “Contohnya Channel, Blimey, AbangKorea, SG Wannabe ramai lagi yang cuba bercakap Bahasa Malaysia. Tapi rakyat Malaysia pula yang cuba nak jadi orang Korea,” kata seorang pengguna. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
harizs replied at 21-1-2020 10:51 PM
bahasa indonesia tu... "perhentian bas ulang-alik Namsan"
sama mcm kat mekah. more to bahasa mela ...
harizs replied at 22-1-2020 02:51 PM
bahasa indonesia tu... "perhentian bas ulang-alik Namsan"
sama mcm kat mekah. more to bahasa mela ...
MeghanK replied at 22-1-2020 07:38 AM
kelig iols 2 orang korea..sorang tu gila sikit perangai nya
first week join team, dia dah belajar ...
ADVERTISEMENT