Seorang kanak-kanak hilang kedua-dua tangannya selepas terkena renjatan elektrik ketika bermain di rumahnya. Lapor Sin Chew Daily seperti dipetik Asia One, kejadian berlaku pada 13 Januari di wilayah Liaoning, China.
Pada hari kejadian, Jun Jun, 2, dilihat bermain dengan sebatang paku panjang. Ibunya bagaimanapun mendakwa beliau sudah mengambil dan menyimpan objek berkenaan jauh dari jangkauan mangsa. Namun, tidak lama kemudian wanita itu ada terbau seperti sesuatu terbakar di bilik sebelah sebelum bergegas memeriksanya. Ibu mangsa terkejut apabila mendapati anaknya sudah terbarin di atas lantai dalam keadaan kedua-dua tangannya berwarna hitam dan bibirnya membengkak.
Dakwa wanita berkenaan, dia melihat paku yang sudah disimpannya sebelum itu terbenam di dalam soket elektrik. Jun Jun dikejarkan ke hospital, di mana doktor terpaksa memotong tangan kanan dan jari telunjuk tangan kirinya untuk menyelamatkan nyawanya. Selain itu, doktor mengesahkan kanak-kanak berkenaan mengalami luka bakar, malah jantung serta otaknya mungkin mengalami kerosakan kekal akibat renjatan elektrik. - CARI
|
TuntungReturn replied at 22-1-2020 02:28 PM
karen dia sama ka dgn karen malaysia?
dudaberhias replied at 22-1-2020 02:32 PM
rendah sikit.... 220v
kita lagi tinggi 250v
dudaberhias replied at 22-1-2020 01:32 PM
kesiannya....
tapi nak bagitahu lah kan... socket dekat china ni tak macam dekat malaysia yang a ...
ADVERTISEMENT