CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Lembu Mahal

14-10-2013 12:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4881| Komen: 21




KUALA TERENGGANU – Harga lembu kebelakangan ini agak mahal sehingga mencecah RM3,800 seekor berbanding RM1,800 seekor lima tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Penternak Negeri Terengganu, Abdul Hamid Mohd Salleh berkata, antara punca kenaikan harga lembu itu disebabkan masalah kekurangan lembu di negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, walaupun Terengganu mengalami masalah kekurangan lembu, bekalan mencukupi sempena musim perayaan tidak lama lagi.

“Walaupun kita mengalami masalah ini, untuk ibadah korban sempena Hari Raya Haji nanti, bekalan lembu di negeri ini mencukupi. Tambahan pula kita sendiri ada lembu tempatan.

“Mengenai bekalan lembu kita tiada masalah, sebab dua bulan lalu kita telah mengimport kira-kira 100 ekor lembu dari luar (Thailand). Cuma, harganya agak mahal. Bagi yang ingin membuat ibadah korban, ia sekitar RM450 hingga RM500 untuk sebahagian,” katanya.

Menurut Abdul Hamid, apa yang dibimbangkannya sekarang ialah serangan penyakit kuku dan mulut yang menyerang lembu tempatan selepas musim tengkujuh nanti.

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, ada lembu yang diserang penyakit ini selepas musim tengkujuh. Disebabkan penyakit ini, ia sedikit sebanyak membantutkan proses pembiakan lembu di negeri ini.

Beliau berkata, kebanyakan penduduk kampung yang memelihara lembu bertindak menanam haiwan itu sekiranya mati akibat sakit.

“Biasanya, selepas musim tengkujuh, ada dalam kalangan haiwan ini diserang penyakit kuku dan mulut.

“Sebab itulah kita galakkan penternak melaporkan kepada pihak bertanggungjawab jika haiwan peliharaan mereka mati bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

6

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
9

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sitisitu25 12-10-2013 12:44 PM
mengidam sup daging cicah air asam :Q
Quote miawpink 12-10-2013 12:45 PM
Quote boyagombak 12-10-2013 01:09 PM
Bila Lombu dilembungkan masuk kondo
Quote mak_wa95 12-10-2013 01:10 PM
mahal le...sebab bela dalam kondo....
Quote aechae 12-10-2013 01:24 PM
yup kt tganu my mom buat korban thn ni...1 bhgn rm450...mmg mahal...makcik pkcik lain amek yg korban kt kemboja ke apa murah sket... apapn kami x blk mkn lmbu thn ni

Quote Muntz 13-10-2013 01:51 AM
Amalan nie sunat jer. Seeloknya selesaikan lah yg fardhu tu dulu spt solat, puasa, zakat dan haji. Bila ekonomi dah elok, bolehlah sambung buat ibadah korban nie.
Quote revolusi_30 13-10-2013 01:57 AM
Muntz posted on 13-10-2013 01:51 AM
Amalan nie sunat jer. Seeloknya selesaikan lah yg fardhu tu dulu spt solat, puasa, zakat dan haji. B ...


Kekadang depA nak nunjuk je muntz... Nak nama... Iols tak nampak pun apa keperluan korban sampai berekor2 dibuat dlm sesuatu kawasAn kat kl ne ... Nk kata fakir banyak.. Takda ... Baik depa buat kat kemboja ka... Somalia ka ... Keperluan tu ada di sana ... Kat sini depa buat korban lebeh kepada majlis makan jah ... Pastu berebot kepala ... Ngokk ...
Quote revolusi_30 13-10-2013 01:59 AM
Kalau lumbu takda ... Kambing n kibas pun leh buat bukan ... Masalah org mulayu ngade tak makan kambing ... Pening segala la konon ... Hotak depa la ...
Quote Muntz 13-10-2013 02:07 AM
revolusi_30 posted on 13-10-2013 01:57 AM
Kekadang depA nak nunjuk je muntz... Nak nama... Iols tak nampak pun apa keperluan korban sampai ...

Kalau ikut ibadah korban nie, hanya sikit jer boleh tuan dia makan, selebihnya kena sedekah kat fakir miskin. Kat area bandar aku tengok, sembelih sampai beratus2 ekor, ramai ker fakir miskin kekdahnya? Aku tengok mcm satu pembaziran pulak. Lagi elok kita laksanakan ibadah lain yg wajib dan fardhu mcm berzakat. Pung pang buat ibadah korban sunat, tapi zakatnya entah ke mana. Mgkin bayar zakat nie tak glamer kut?
Quote atj1 13-10-2013 02:11 AM
revolusi_30 posted on 13-10-2013 01:57 AM
Kekadang depA nak nunjuk je muntz... Nak nama... Iols tak nampak pun apa keperluan korban sampai ...

Ada ke yang buat qurban nak menunjuk?
Kecuali yg buat antara adik beradik depa tanpa campur orang lain.  Lepas tu buat makan ramai-ramai. Itu mcm buat pesta adik beradik jah
Quote revolusi_30 13-10-2013 02:12 AM
Muntz posted on 13-10-2013 02:07 AM
Kalau ikut ibadah korban nie, hanya sikit jer boleh tuan dia makan, selebihnya kena sedekah kat fa ...

1/2 tuan dye punya ... Lagi 1/2 tu yg sudukah or buat kenduri ... Samala kt sini ... Semelih beratos2 ekor ... Lepas tu berebot daging yg sekilo sorang tu ... Yg amek tu bukanlah fakir pun ... Mampu je beli smart phone segala ... So tuntutan ibadah korban ne dah jadi pesta makan lumbu da ... Org Nismilan panggil MANTAI ....
Quote revolusi_30 13-10-2013 02:13 AM
atj1 posted on 13-10-2013 02:11 AM
Ada ke yang buat qurban nak menunjuk?
Kecuali yg buat antara adik beradik depa tanpa campur oran ...

Tuntutan ibadah kurban tu pesta makan ka nyah ... Baik beli daging saploh kilo kat pasar n then makan lA korang anak beranak ...
Quote revolusi_30 13-10-2013 02:14 AM
2 taun lepas trend buat Onta .. Taun ne takda dah ... Bajet lari pasai minyak naik kot ... Pefghhhh
Quote atj1 13-10-2013 02:22 AM
revolusi_30 posted on 13-10-2013 02:13 AM
Tuntutan ibadah kurban tu pesta makan ka nyah ... Baik beli daging saploh kilo kat pasar n then ma ...

Itu trend skrg ni. Makan-makan.
I cakap kat my mom buat je qurban kat kemboja atau melalui muslims aid. Depa lebih memerlukan.  
Quote revolusi_30 13-10-2013 02:24 AM
atj1 posted on 13-10-2013 02:22 AM
Itu trend skrg ni. Makan-makan.
I cakap kat my mom buat je qurban kat kemboja atau melalui musli ...

See ... Lebeh pada makan2 kan ... mantai org nismilan panggey ...
Quote ell768 13-10-2013 03:12 AM
Betul tu aku setuju,kdg2 buat korban sudahnya duk makan ank  beranak jgk,tang mana sedekah kt fakir miskin pon aku xtau laaa
Quote jijigren 14-10-2013 08:17 PM
Ni suma salah Sharizat
Quote plamsat 14-10-2013 08:55 PM
http://i.imgur.com/E8LxJTt.jpg
Quote roblucci 14-10-2013 09:03 PM
sama dgn harga lembu kondo

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.087367 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top