Isu datang lambat dan MC dah biasa sangat kita dengar. Kalau kita kerja sebab nak duit inilah yang berlaku. Kita datang lambat sesuka hati, kita MC sesuka hati dan kita kerja pun tak sepenuh hati. Tiada siapa yang suka pekerja atau staff yang datang lambat, tidak menepati masa.
Pelakon Nad Zainal berang apabila mendapati ada pihak yang tidak menepati masa ketika menjalani penggambaran. Nad berkata, perkara tersebut telah membuatkan "mood" dia terganggu. "Akak (Nad) bukan jenis marah-marah tau, tapi bila tak tepat masa, memang rosak mood akak, dengan shooting lagi. "Dari nak berkongsi sesuatu, terus hilang mood!" tulisnya di Instagram. Nad juga sempat merakam video marahnya itu dan memuat naik ke IG.
|
Kalau kerja itu dianggap penting (Ibadah) kita akan cari 1,000 cara untuk datang awal, siapkan kerja dengan sepenuh hati dan bila kita manggangap kerja itu hanya 'Cari Makan' maka berlakulah yang sebaliknya.
ADVERTISEMENT