"Mama dulu baju sekolah pun beberapa tahun
sekali je dpt ganti, gi sekolah jalan kaki, tracksuit pun pinjam kawan,
duit belanja pun kadang2 yilek." Itu penjelasan selebriti Abby Abadi pada gambar anak-anaknya Danish, 16, Marissa, 14 dan Maria 11 yang lengkap berpakaian sekolah swasta. Menceritakan kesusahan hidupnya satu ketika dahulu hinggakan tidak bertukar baju sekolah walaupun bertahun-tahun serta meminjam baju sukan rakan-rakan sungguh menginsafkannya. Oleh itu, kali ini dengan rezeki yang ada, Abby mahukan anak-anaknya menikmati hidup yang lebih sempurna walaupun perlu berhabis ribuan ringgit untuk belajar di sekolah terbaik.
Bagi Abby sendiri, dia dan abah mereka mahukan yang terbaik untuk anak-anak, jadi pendidikan serta akhlak perlu seiring. Berkenaan yuran pembelajaran pula, mereka akan berusaha menyediakan yang terbaik kepada semua demi masa depan yang lebih gemilang. "InshaAllah Mama Abah usahakan sehabis baik untuk anak-anak mama. Belakang-belakang tabir biarlah jadi rahsia. Doakan cukup rezeki Allah bagi kat mama abah untuk bagi yang terhebat pada anak-anak ini ya."
|
izzah_ok replied at 22-1-2020 11:17 AM
oo dia bayar ke? igt kan sponsor..
sbb dia beberapa kali jugak tag sekolah ni kat ig
pichee replied at 22-1-2020 11:30 AM
amboi abby ni....bkn usaha u sorg...
si normah tu pn antr n amik ank2 sekolah ok...tme tu u tgh k ...
beautifulorchid replied at 22-1-2020 11:27 AM
dia ke yang keluarkan duit? bukan norman? dulu bukan dia kemaruk bercinta dgn org muda ke..anak ana ...
Noraniza_Iblis replied at 22-1-2020 11:40 AM
ape yg busuk hati sgt manusia ni..
kn tajah bakyah ade mention kt atas tu "abah"
ke ko malas bac ...
beautifulorchid replied at 22-1-2020 11:27 AM
dia ke yang keluarkan duit? bukan norman? dulu bukan dia kemaruk bercinta dgn org muda ke..anak ana ...
pichee replied at 22-1-2020 11:53 AM
iblis...
abah tu ayah baru die..
ADVERTISEMENT