Jika sebelum ini, seorang wartawan dari United Kingdom dikecam 'berjemaah' oleh rakyat negara ini kerana mengkritik nasi lemak yang dimakannya sebagai tidak sedap.
Katie Morley juga sebelumnya tidak tahu nasi lemak merupakan hidangan 'wajib' rakyat Malaysia. Terbaru, wanita ini menerusi Twitter berkongsi momen terbaharunya apabila dapat merasai sendiri keenakan nasi lemak 'sebenar' yang dihidangkan dalam pinggan, beserta bahan lain seperti kacang, ikan bilis, sambal, telur rebus dan kari ayam. “Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mencadangkan saya merasa nasi lemak sebenar. “Anda benar, ia sedap! Tidak seperti hidangan yang saya rasa dalam BA (British Airways),” katanya. Ketika ditanya pengguna Twitter yang lain, Katie berkata dia menemui hidangan itu di Chelsea. Pastinya ramai warganet berasa teruja selepas keenakan sebenar nasi lemak yang menjadi tradisi dan identiti Malaysia, akhirnya disampaikan dengan baik. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
ADVERTISEMENT