Kejam dan langsung tidak berhati perut. Begitulah tindakan pengendali sebuah taman tema di wilayah Sichuan, China yang 'memaksa' seekor babi melakukan aksi bungee jumping dari menara setinggi lebih 70 meter.
Ia sekaligus mendapat kecaman ramai pihak selepas rakaman insiden yang berlaku di taman tema Mexin Wine Town itu tular di laman sosial. Warganet menganggap ia tindakan kejam kerana menyeksa haiwan berkenaan, lapor BBC. "Ada perbezaan apabila menyembelih haiwan untuk dimakan dan juga menyeksanya untuk dijadikan bahan hiburan. Ada bezanya!," kata seorang warganet. Difahamkan, dua pekerja teman tema itu mengangkat babi seberat 75 kg itu ke atas menara dan mengikatnya pada tali bungee.
Usai dikecam, pihak taman tema mempertahan tindakan itu dan berkata ia sebagai simbolik kepada penutup tahun babi dan digantikan dengan tahun tikus. Malah, menurut pihak taman tema lagi, babi itu terus dihantar ke rumah penyembelihan selepas aktiviti tersebut. Bagaimanapun, mereka memohon maaf kepada warganet dan berkata akan cuba memperbaikinya bagi masa akan datang. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
ADVERTISEMENT