Nampaknya penjualan ubat-ubatan yang dijual menerusi laman e-dagang semakin berleluasa dan membimbangkan. Seorang doktor menerusi Twitter berkongsi hal tersebut yang menunjukkan penjualan vitamin A yang mengandungi isotretinoin yang seharusnya diambil dengan rujukan doktor.
Katanya lagi, bahan tersebut selalunya diambil dengan rujukan doktor kerana tanpa pantauan pakar, ia boleh membawa kepada masalah lain. “Jika wanita mengandung mengambil ubat tersebut, ia boleh menyebabkan kecacatan janin dan pelbagai komplikasi lain,” tulisnya. Katanya lagi, ia merupakan ubat terkawal dan lazimnya doktor pakar yang boleh memberi preskripsi ubat itu.
Doktor ini juga menggesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan sekaligus mengelakkan penjualan sesuka hati di laman maya. Dalam pada itu, seorang pengguna terkejut dengan penjualan ubat tersebut secara terbuka kerana dia sendiri perlu tandatangan ketika berjumpa doktor berhubung ubat tersebut. “Wow, waktu saya mendapat preskripsi ubat ini (isotretinoin), saya telah menandatangan perjanjian bersetuju menerima risiko ubat ini dan bagaimana ubat ini boleh memberi kesan pada kehamilan,” katanya. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
fliphair8 replied at 21-1-2020 04:14 PM
isotretenoin ni untuk ape benonya? hakak maleh gugel today...
MissLana replied at 21-1-2020 04:20 PM
ubat jerawat. selalu dermatologist je yg boleh bg prescription
fliphair8 replied at 21-1-2020 04:21 PM
i see, thanks. camne pun hakak tetap percaya pharmacist and klinik...
ADVERTISEMENT