Seorang pengguna Twitter yang kreatif telah mencipta 'kad teguran' untuk pemandu bermasalah. Kad khas itu dibuat ekoran banyak laporan berita mahupun aduan di laman sosial mengenai masalah parkir.
Justeru, pengguna dikenali sebagai Syafiq Unzir terpanggil untuk membuat kad berkenaan bagi memudahkan teguran disampaikan, sekali gus memberi kesedaran kepada pemandu bermasalah. Kad tertera "Anda parking dengan zalim" itu juga disediakan beberapa kotak kesalahan untuk ditanda pemiliknya seperti 'kesilapan menggunakan parkir OKU' dan 'double park'. Bagi yang berminat, kad ini boleh ditempah pada harga RM30 sekotak (100 keping) dan RM18 untuk 50 keping. - CARI
|
ReginaGeorge replied at 21-1-2020 02:51 PM
Pakai tisu je... Hurai panjang2 mcm tu, orang bodoh nak baca ke
ADVERTISEMENT