“Dengan cara kemewahan yang ditunjukkan ini, sudah tentu melukai perasaan rakyat miskin kerana segala keperluan hidup mereka belum mencukupi dan peruntukkan kerajaan harus mengutamakan kebajikan rakyat."
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Datuk Husam Musa berkata demikian ketika mengulas mengenai pembelian 14 Mercedes Benz sebagai kenderaan rasmi kerajaan itu. Katanya kepada Harian Metro, ia juga secara tidak langsung menunjukkan sikap hipokrit pemimpin Kelantan yang tidak bersederhana seperti dalam ajaran Islam yang sering diuar-uarkan. “Malah, kenyataan pemimpin Kelantan dalam hal pembelian kereta juga tidak telus, kononnya ada diskaun 50 peratus. “Sedangkan diskaun ini terpakai kepada kereta lain juga. Sekiranya beli kereta lebih murah dan diskaun yang diperoleh, sudah tentu perbelanjaan lebih kecil,” katanya.
Husam juga melihat tindakan itu sebagai persiapan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Kelantan untuk memiliki kereta mewah selepas penggal kerajaan sekarang tamat. Lapor Harian Metro, kerajaan negeri itu sebelum ini mengakui membuat pembelian 14 Mercedes Benz sebagai kenderaan rasmi pimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar dan EXCO. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan bahawa pembelian kereta mewah itu menggunakan duit kerajaan negeri dan langsung tidak mengusik peruntukan khas sebanyak RM400 juta oleh Kerajaan Pusat. - CARI
|
mikasa replied at 21-1-2020 12:37 PM
Selayaknya kena kecam. Walaupun tak guna dana 400 juta tu. Wang yang dibelanjakan tetap duit rakyat
...
wirazam replied at 21-1-2020 01:54 PM
kesian kat penduduk yg terlampau miskin ari tu...agak2 Buletin Utama / harakah ada berani tak nak ...
Gingerly replied at 21-1-2020 01:52 PM
Yeah lumrah. Someday yang nobody bertukar jadi somebody, haruslah dapat hak privilege jua.
Ada r ...
mikasa replied at 21-1-2020 02:00 PM
Interview mb yang baru kuar keta mecedes lawat kawasan
fliphair8 replied at 21-1-2020 12:57 PM
rasakan....selalu rakyat serambi tak berbunyik sangat pasal pemimpin kesayangan mereka...
but now ...
ADVERTISEMENT