Penyanyi popular yang akan melancarkan lagu terbarunya dikecam kerana menggunakan hastag #sembahnaim untuk tujuan promosi. Perbuatannya itu tidak disenangi netizen yang terkejut dengan perlakuannya itu. Namun, Naim berkata hashtag itu tidak bermaksud apa-apa yang negatif.
"Tiada apa-apa mesej tersirat tentang penggunaan hashtag itu, saya cipta berdasarkan tajuk lagu. "Namun, ia terpulang kepada setiap individu untuk mentafsir ayat berkenaan kerana bagi saya, itu cuma sekadar hashtag. "Kalau netizen tidak senang dengan hashtag itu, kami boleh tukar dengan yang lain. Saya terima secara positif kerana bagi saya, setiap teguran yang diberikan adalah bermakna buat saya dalam industri," katanya kepada mStar.
Naim juga mendedahkan lagu terbarunya itu ditulis olehnya sendiri dan Ikkie yang berkisar tentang kehidupan manusia teraniaya dan diilhamkan dari kisah benar. Semoga Naim tukar hashtag tersebut, untuk mengelak daripada mak cik bawang membuat protes dan kecaman. |
Kurex replied at 22-1-2020 02:27 AM
haelina dah boleh jadi top utk naima
duri_durians replied at 22-1-2020 10:26 AM
masih tak mngerti kenapa Sumpah dia boleh hit..
lagunya tak sampai bagi aku.
unguaurora replied at 22-1-2020 11:23 AM
Lepas SUMPAH jd SEMBAH..kenapa x buat tajuk SAMPAH je?
Orix replied at 22-1-2020 11:31 AM
Lagu Sumpah tu sedap nak mampos. Lirik melodi semua just nice.
ADVERTISEMENT