Masih lagi dengan kisah Puteri Balqis iaitu seorang pelakon cilik yang menempa nama padal awal kariernya, namun mula menghilangkan diri beberapa tahun lalu selepas dikhabarkan menghidap penyakit serius.
Walaupun ramai yang meneka bahawa kanak-kanak itu mempunyai sakit kanser, tapi Balqis yang mesra dengan panggilan Aqish telah menolak dakwaan itu. Pun begitu, punca sakitnya yang sebenar masih tidak diketahui. Netizen pada awalnya merasa sedih dengan kehidupan Aqish dan ibunya yang susah sehingga pelakon cilik itu terpaksa berjalan sekitar Kuala Lumpur untuk menjual buku nukilannya bagi menyara kehidupan keluarga mereka. Pun begitu, selepas mendengar khabar angin yang tidak sedap didengar berterbangan mengenai ibu Aqish, ramai yang mula sangsi dengan kehidupan mereka. Bayangkan pelakon cilik itu boleh cakap nak main FOREX bila dapat dana bantuan RM100,000 dan bukannya untuk rawatannya.
Lagi pelik apabila ibunya menolak bantuan rumah PPR selain menghantar anaknya itu ke sekolah yang mahal iaitu British Council dan juga ke kelas piano walhal kehidupan mereka daif. Terbaru, seorang individu di Twitter telah mengaku bahawa Puteri Balqish merupakan anak saudaranya dan mendedahkan kisah sedih kanak-kanak itu. Menurut lelaki ini, Aqish sering didera bapanya sejak kecil lagi. Bahkan, kalau tidak membuat kerja sekolah sedikitpun pasti dibambunya. Dia mengkhabarkan bahawa dia mendengar cerita ini daripada ibu dan abangnya. Walau bagaimanapun, hidup Aqish kembali baik selepas kedua ibu bapanya bercerai dan kata lelaki itu, bapanya kini tinggal di bawah jambatan. Ya, ke? Tapi, ini semua hanyalah spekulasi dan tidak pasti lagi kesahihannya. Jika benar cerita ini, memang kesian betul dengan hidup Aqish. - CARI
|
Boomibulat replied at 21-1-2020 10:36 AM
Skkskk tu ape?
Boomibulat replied at 21-1-2020 10:36 AM
Skkskk tu ape?
cikatilia replied at 21-1-2020 10:39 AM
i rasa bunyi sedih mcm
tsk tsk.. isk isk..
qiqi replied at 21-1-2020 10:43 AM
hw tu apa plak....aku tak faham dowh dia tulis apa
qiqi replied at 21-1-2020 10:43 AM
hw tu apa plak....aku tak faham dowh dia tulis apa
Boomibulat replied at 21-1-2020 10:36 AM
Skkskk tu ape?
qiqi replied at 21-1-2020 10:43 AM
hw tu apa plak....aku tak faham dowh dia tulis apa
Boomibulat replied at 21-1-2020 10:43 AM
Macam2 bahasa skrg yer..
Kurex replied at 21-1-2020 10:50 AM
kau taip apa ni woii sksksss hw hshsh..
ADVERTISEMENT