Sebelum ini Aliff Aziz buang semua gambar dan video di Instagram. Namun baru-baru ini ramai yag terkejut bila dia memuat naik video bersama bekas isteri, Bella Astillah dan anak lelakinya.
Seronok nampaknya bermain bola dan meluangkan masa bersama-sama.
Disebabkan itu, ramai yang tertanya-tanya adalah video tersebut dirakam semasa mereka masih bersama atau pun selepas bercerai? Menjawab persoalan, Bella memberitahu yang ia sebenarnya baharu dan bukan video lama.
Menurut mStar, video itu mungkin dirakam November tahun lepas memandangkan Bella pernah memuat naik rakaman di lokasi sama dengan memakai baju yang serupa. Di ruangan komen, ramai juga yang mendoakan agar pasangan ini kembali bersama. Namun tak kurang juga yang menyampah dengan perangai Bella yang tak serik-serik dikhianati. Tunggu sahajalah, sekejap lagi adalah pengumuman rasmi kata nak bersatu semula. Tunggu. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|