Ekonomi negara Malaysia boleh dikatakan tidak kukuh apabila bilangan lepasan graduan universiti adalah lebih ramai daripada pekerjaan yang ditawarkan. Malah, ramai dalam kalangan anak muda yang bekerja dalam bidang tidak berkaitan dengan sijil dan kepakaran dimiliki hanya untuk bertahan di dunia yang penuh pancaroba ini.
Dalam ekonomi yang tidak stabil ini, muncul syarikat yang mengambil kesempatan ke atas graduan yang terdesak dengan menawarkan gaji telalu rendah, meskipun jawatan tersebut memerlukan kepakaran tinggi dan profesional. Di laman web LinkedIn, seorang majikan dengan nama Mr Fikri telah memuat naik tawaran kerja untuk jawatan Jurutera Kimia bagi menguruskan 'waste water treatmant plant'. Namun, apa yang menarik perhatian adalah gaji sebanyak RM1,400 yang ditawarkan dilihat seperti terlalu rendah untuk jawatan jurutera.
"OT wajib 4 jam sehari" Meskipun jawatan tersebut ditawarkan untuk lepasan graduan, RM1,400 dilihat terlalu sedikit untuk pekerjaan kritikal dan profesional seperti jurutera. Malah, mereka yang bakal menjawat jawatan tersebut wajib untuk bekerja lebih masa (over time) selama empat jam pada setiap hari. Melihatkan situasi ini, apakah nasib graduan di negara kita? Belajar di universiti kelihatan seperti sesuatu pembaziran apabila sijil tidak lagi menjanjikan pekerjaan. Lebih teruk, graduan akan dianggap pemalas dan tidak berusaha jika tidak bekerja di luar bidang meskipun mereka mempunyai potensi dan bakat di bidang sendiri jika diberikan peluang. Post Fikri ini mendapat kecaman warganet di LinkedIn dan juga Twitter. Namun, beliau memperjelas keadaan di ruangan komen dengan menceritakan kisah dirinya yang bermula bekerja dengan gaji RM900. Dia juga menjelaskan meskipun gaji yang ditawarkan agak sedikit, namun masih ramai yang memohon untuk jawatan tersebut. "Melayu masih tak sedar, rela serah kerja kepada bangsa asing" Sedang pemimpin negara mengkritik rakyat Malaysia yang terlalu memilih kerja dan pemalas, mereka tidak sedar sebenarnya gaji untuk graduan hari ini sangatlah tidak masuk akal untuk dibandingkan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. - CARI
|
ADVERTISEMENT