Seorang lelaki tergamak menikam neneknya kerana disuruh memakai seluar. Serambinews.com melaporkan, kejadian berlaku di Kecamatan Labuhan Haji, Kabupaten Aceh Selatan, sekitar jam 9.30 malam semalam.
Difahamkan, suspek, 22, bengang apabila disuruh wanita berusia 70 tahun itu memakai seluar sebelum menikam neneknya dengan sebilah pisau. Menurut laporan, mangsa mengalami luka akibat tikaman di sebelah kiri kepalanya dan dikejarkan ke hospital. Jurucakap polis yang mengesahkan kejadian memaklumkan sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian daripada keluarga mangsa. Suspek bagaimanapun dilaporkan sudah ditahan polis. Katanya, mangsa bukan ditikam, sebaliknya cedera akibat dilempar dengan pisau. - CARI |
ADVERTISEMENT