Bayangkan anda sedang menunggu berjam-jam di lapangan terbang sambil menunggu maklumat penerbangan ditayangka, boleh pula orang main permainan video pada monitor skrin di sana? Nak pula menghadap si dia sedang melayan Apex Legend lengkap dengan joystick! Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Portland ini dilaporkan The Oregonian. Menurut laporan, seorang lelaki yang sedang menunggu pesawatnya tiba telah menyambungkan konsol PlayStation 4 ke salah satu monitor di lapangan terbang tersebut. Mujurlah ia cuma monitor yang menunjukkan peta lapangan terbang. Namun, kakitangannya cepat bertindak pada awal pagi itu bagi mengelakkan masalah yang lebih serius berlaku.
Kama Simond, penyelia operasi di lapangan terbang tersebut merapati lelaki berkenaan dan memintanya mencabut permainan konsol itu dengan sopan. 'Dengan sopannya juga' lelaki tersebut membuat permintaan untuk menamatkan permainan tersebut dahulu, namun dibalas Kama Simond; "tidak boleh." Amboi, macam lapangan terbang tu tok nenek dia yang punya, ya? - CARI
|
husna_amal replied at 21-1-2020 11:45 AM
buat macam harta sendiri nampak
Artemesiaa replied at 21-1-2020 12:20 PM
Buruknya perbuatan dah kena tegur pun masih berdegil
Iema5008 replied at 21-1-2020 12:26 PM
Hahaaha bongok btl {:laugh
Boleh lak dia bt mcm reta dia {:laugh
i_is_kennot replied at 21-1-2020 07:15 AM
Lembam kah heols ??!
ADVERTISEMENT