CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dijumpai Maut Selepas Gaduh Pasal Sewa Rumah !

13-10-2013 11:27 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8523| Komen: 31


ANGGOTA polis melihat mayat Mohd. Danial Iqbal (dalam bulatan) yang maut selepas terjatuh dari tingkat 14 sebuah kondominium di Pulau Pinang kelmarin. 


BUKIT MERTAJAM, 13 Oktober – Seorang lelaki yang didakwa mengurung diri di dalam bilik selepas berbalah dengan rakan mengenai wang sewa rumah ditemui mati selepas disyaki terjatuh dari balkoni tingkat 14 Kondominium Mutiara Bandar Perda di sini kelmarin.


Insiden pukul 11 malam itu mengakibatkan Mohd. Danial Iqbal Irwanshah, 21, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. 


Mayatnya ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di kawasan berhampiran tempat letak kenderaan oleh penghuni premis.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh berkata, siasatan mendapati, beberapa jam sebelum kejadian mangsa dikatakan telah berbalah dengan rakan serumahnya mengenai wang sewa rumah.kosmo

Innalillah...




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 13-10-2013 09:21 AM
Innalillahi wainnailaihi rajiun
Quote cmf_blingblings 13-10-2013 09:23 AM
tension sampai terjun?
Quote stryder_cats 13-10-2013 09:48 AM
Yg ni kot adik ipar aku cite kt suami aku smlm... dekat umah sewa dia jgak
Quote purpledesire 13-10-2013 09:56 AM
Innalillah..muda lg bdknya..takziah pada keluarga mangsa..
Quote Acong 13-10-2013 11:13 AM
bukan rumah sewa aku......
Quote alieyrina 13-10-2013 11:24 AM
Bincangla elok2 adoiyai..

nama kondo tp awat buruk ah kondo mcm ni..naseb baik x beli kat sini dulu.. lift n koridor dia suram..wpun siang hari terang benderang
Quote Artemesiaa 13-10-2013 11:28 AM
Inallilah... Ialah nak raya ni banyak yang berbalah pasal wang.  Banyak le tuan rumah akan mis payment bulan ni nampaknya.
Quote mawarika 13-10-2013 11:29 AM
Kena tolak? Kot la
Quote chaoyunjie 13-10-2013 11:46 AM
Takziah...
motif???
Quote edee_91 13-10-2013 01:18 PM
mesti mamat tu dilantik sebagai ketua, yang bertanggungjawab untuk mengumpul duit sewa. apa2 urusan dia yang akan deal dengan tuan rumah.
Quote tobby 13-10-2013 01:24 PM
alieyrina posted on 13-10-2013 11:24 AM
Bincangla elok2 adoiyai..

nama kondo tp awat buruk ah kondo mcm ni..naseb baik x beli kat sini du ...

nama jer kondo, tp facilities taraf aparment. kondo ni asal2nya dulu bagus. tapi bila ramai penghuni yg culas byr maintenance, bermulalah kes lif2 rosak x repair, tak maintain. persekitaran tak terjaga sbb pengurusan kondo x cukup dana.  byk unit2 nak dilelong. tahap keselamatan out, byk motor & kereta kena curi.
Quote FlowerGirl 13-10-2013 01:32 PM
Aku x rasa dia terjun. Maybe gaduh teruk smpai tolak menolak.
Quote misecretary 13-10-2013 02:08 PM
Block mana? Haishhh rumah ku yg dibeli lelong disana
Quote noor2 13-10-2013 02:12 PM
kena tolakkah?
Quote alieyrina 13-10-2013 02:25 PM
Biaq betikk ada kecurian..aku nk p umh kwn pun siap gad duk amik details..fon kwn lah bagai..tp kalu kwn dah infom gad dia x tanya byk la..

sbb tu aku salu elak nak p umah dia tu..renyah
Quote jepp 13-10-2013 10:06 PM
Membunuh diri
Atau dibunuh ni
Quote xtahumenahu 13-10-2013 10:20 PM
Mudenyerrr
Quote prettyuglybabe 13-10-2013 10:52 PM
baca paper mana ntah tadi, katanya terjun dari tingkap bilik. gaduh bertumbuk dengan housemate sampai housematenya pun cedera kena angkut pi spital..
Quote sapeka 14-10-2013 07:58 AM
bunuh diri ke apa nih??

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.365677 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top