CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

habis barang kemas RM185,000 'dikemas' amah Indonesia

13-10-2013 10:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2603| Komen: 11

Seorang amah Indonesia yang baharu dua bulan berkhidmat dengan majikannya di Denai Alam di Shah Alam didakwa melarikan barang kemas termasuk berlian, kesemuanya bernilai RM185,000, Selasa lepas.

Rossazannah Omar, 48, pemilik butik di Seksyen 7 di Shah Alam berkata kejadian itu hanya disedari kira-kira dua jam selepas mendapati amahnya yang dikenali sebagai Wati Wijayanti, 23, menghilangkan diri.

Gambar hiasan


"pada hari kejadian, saya hantar Wati dan anak bongsu saya berumur 6 tahun, ke butik sebelum menghadiri mesyuarat di Damansara, sebaik pulang kira-kira pukul 11 pagi saya dapati Wati dan anak saya tiada di butik.

"Selepas menunggu lebih sejam, hati saya mula tidak sedap...saya bimbangkan anak saya dan terus ke sekolah berhampiran dan dimaklumkan oleh seorang guru bahawa Wati menghantar anak saya lebih awal iaitu pukul 11 pagi berbanding kebiasaannya 1.30 tengah hari," katanya kepada pemberita di kediamannya di Shah Alam, semalam.

Rossazannah berkata beliau kemudiannya bergegas pulang ke rumah dan mendapati kesemua barangan kemas miliknya telah lesap dari almari selain sebuah telefon pintar.

Beliau berkata selepas memeriksa bilik pembantu rumahnya itu, dia menemui beberapa kertas catatan peribadi amahnya termasuk satu nota bertulis '8 Oktober lari'.

Beliau percaya amahnya itu menjalin hubungan dengan seorang lelaki warganegara Indonesia yang bekerja berhampiran kawasan perumahannya.

Rossazannah yang mendapatkan khidmat amah itu secara online daripada seorang warga tempatan di Putrajaya berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai amahnya supaya tampil menyalurkan maklumat.

Katanya beliau telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada hari kejadian dan turut menyerahkan beberapa dokuman termasuk pasport milik amahnya kepada pihak polis .

Jurucakap polis di IPD Shah Alam ketika dihubungi berkata kes itu sedang disiasat.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote purpledesire 12-10-2013 09:36 AM
Beliau berkata selepas memeriksa bilik pembantu rumahnya itu, dia menemui beberapa kertas catatan peribadi amahnya termasuk satu nota bertulis '8 Oktober lari'.


perghhh..siap tulis nota ckp nak lari tu..
Quote marine_admiral 12-10-2013 09:44 AM
nasib baik anak majikan dia x bawak lari sekali,, Cadangan kpd Majikan... bila ambil pembantu rumah, Pastikan gambarnya di ambil dan di simpan bagi memudahkan masyarakat mengenalpasti apabila berlaku sesuatu kes kemudian hari
Quote sueism 12-10-2013 09:55 AM
ambik lagi amah indon , lepas tu percaya 1000%
Quote edee_91 12-10-2013 11:37 AM
8 oktober lari. adoi kelakar.
Quote sapp73 12-10-2013 11:39 AM
kenapalah tak simpan barang kemas tu di bank...semoga amah cepat ditangkap
Quote sitisitu25 12-10-2013 11:41 AM
nsb baik aku x minat brg kemas..
Quote shiro82 12-10-2013 11:49 AM
Nasib la majikan dia Baca nota 8 haribulan. Kalo awal lg mungkin sempat kut tangkap.
Quote dragger 12-10-2013 11:51 AM
kemas betul kerja amah tu..
Quote batmana 14-10-2013 04:24 PM
anak ada 10 orang ka, smpai pakai amah?

majikan ni penyumbang terbesar kemasukan warga asing ke malaysia , patut dihumban skali ke indon,  dh kaya tu, pegila amik amah yg ada diploma dari filipina ka.. ni amah pprt, mmgla senang jadi target jenayah..
Quote NURMIMIE 14-10-2013 04:53 PM
kalau dah tau banyak duit dan barang kemas,

dan terpaksa juga guna khimat bibik,

berwaspada lah..

duit simpan je kat bank..

barang kemas tuh buh lah dalam peti besi dan pastikan bilik berkunci kalau nak keluar rumah..

benda2 begini patut semua orang boleh fikir..
Quote cemp 14-10-2013 05:02 PM
kaya betol..tp kenapa pi simpan kat umah adohai..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.071215 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top