Termos meletup, saya hampir buta! Kisah ini berdasarkan pengalaman penulis sendiri, di mana penulis hampir buta akibat terkena penutup termos yang 'terbang'. Seawal usai maghrib, saya biasanya akan melayan anak buah, Daiyan yang berusia setahun lebih untuk beri ruang pada ayah, ibu dan isteri adik untuk mandi serta solat. Adik saya iaitu bapa kepada Daiyan pula masih lagi di Sibu menunggu penerbangan pulang setiap seminggu dua di hujung minggu. Kisahnya terjadi apabila saya menunggu kanak-kanak berkenaan dimandikan, sementara saya ke dapur. Terpandanglah mata saya ke arah sebuah termos besi hadiah "Min Caffe" yang dah lama tak boleh dibuka. Ketika itu, terdetik niat di hati mahu membukanya dan saya pun cubalah dengan air panas. Saya letakkan termos itu dalam posisi terbalik ke dalam sebuah kontena bulat sebelum mengisi air panas sekadar menenggelamkan penutupnya.
Saya tahu ianya akan "pop", tapi tak sangka pula jadi "Kabboom". Saya mula melihat buih-buih keluar sebelum ia tiba-tiba saja meletup dengan kuat dan penutup termos terpelanting ke dinding kontena sehingga terus ke muka saya. Ibu yang terkejut dengan bunyi kuat itu terus keluar dan terkejut apabila melihat hidungku berdarah. Rasanya tidak sakit manapun, tapi saya jadi panik dan terus mengambil kain berhampiran untuk mengelap darah itu. Panik punya pasal, kain mengelap dapur yang dicapainya. Dengan berkain sarungnya, saya bersama ibu dan ayah ke klinik sebelum disuruh ke hospital untuk pemeriksaan sinar-X selain luka perlu dijahit kerana terlalu dalam. Apabila melihat di dalam cermin, saya rasakan wajah bagai berlubang. Walaupun berlubang teruk, saya tetap bersyukur tak kena pada mata kiri. Tapi, ada sedikit goresan di kelopak mata, tanda bertuahnya diri ini. Setelah sampai di hospital, mula-mula doktor cadangkan untuk gam saja, bila sampai dalam bilik plaster, doktor di situ pula cakap nak kena jahit dulu. Bukan apa, doktor dalam bilik plaster itu risau sebab dia nak keputusan yang terbaik untukku. Dia cadangkan untuk menunggu doktor pakar. Setelah lama melihat situasi, akhirnya satu jahitan dan gam telah dilakukan bersama dua kali suntikan. Dalam pukul 1 pagi barulah siap. Apa-apapun, terima kasih pada pihak klinik dan hospital Queen Elizabeth yang membantu merawat saya. Apabila difikir semula, saya terpaksa hidup dengan parut baru ini. Tak dinafikan ada sedikit perasaan malu untuk berhadapan dengan orang ramai selepas ini. Tapi, tiada perasaan yang lebih besar dalam hati saya selain bersyukur bahawa saya hampir buta dan Allah memilih jalan terbaik buat saya. Pengajarannya; bila dalam fikiran ianya cuma "pop", beringatlah ianya boleh jadi "kabboom". |
Kurex: nak komen pasal iklan tu je.. still ingat lagi iklan tu.. haha
bellaamsar replied at 22-1-2020 11:31 AM
Takutnya meletup sampai macam tu sekali
Kurex replied at 22-1-2020 11:52 AM
nak komen pasal iklan tu je.. still ingat lagi iklan tu.. haha
Artemesiaa replied at 22-1-2020 11:56 AM
Nasib tak kena pada mata kalau tak tentu lebih parah lagi
RumiMenari replied at 22-1-2020 11:56 AM
Ingt2 lupa la iklan ni.. pasal rempit ke?
NekNgah replied at 22-1-2020 12:03 PM
siapa dia ni?
epal21 replied at 22-1-2020 12:38 PM
Ni kisah tt ke? Kesiannya. Sabar ye. Sapu bio oil & also kulit pisang pada parut tu.
mdhelmi replied at 22-1-2020 12:41 PM
isi penting hanya di perenggan ke 5 dan 6 sahaja
mungkin pada hari tu dah mandi ke blom dah makan k ...
matchstick replied at 22-1-2020 01:01 PM
aku ada 1 vacuum thermos ni dulu jenama zebra kot..harga rm50+ gak. pakai sekejap je pastu jadi xbol ...
chicozinn replied at 22-1-2020 01:09 PM
iklan last tu lejen weyhh..hihihi..Ya ALLAHH..maafkan saya mak..anda ditahan kerana memandu secara c ...
ADVERTISEMENT