CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Dah 16, 17 Tahun Pun Masih Tak Faham Bahasa Melayu" - Cikgu Kecewa

17-1-2020 06:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 14309| Komen: 146

Sudah berusia 16, 17 tahun tapi masih tidak boleh kuasai dan fahami bahasa kebangsaan, sudah pasti ia merupakan satu kekecewaan buat seorang guru terhadap pelajarnya.

Itulah yang diluahkan oleh seorang guru di laman Twitter mengenai situasi sesetengah murid yang datang dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang masih tidak faham bahasa Melayu. 

Kredit foto: Projekmm

Katanya lagi, berbeza dengan pelajar dari SJKT (Tamil), mereka boleh berbahasa Melayu dengan lebih baik.


"Dah kalau BM tak boleh, English tak boleh, baik jangan jadi warganegara," katanya. 

Katanya lagi, masalah ini bukan berpunca daripada sistem namun sebaliknya sikap individu itu sendiri yang angkuh dan ego untuk belajar. 


Tak pula menujukan kepada semua pelajar SJKC, sebaliknya guru ini berkata masalah sering berlaku di kawasan pedalaman dan perkampungan dan bukannya di bandar besar. 

Nyata sekali, luahan guru ini mendapat kecaman hebat daripada ramai pihak. Ada yang melabel guru ini sebagai rasis dan tidak kurang juga yang menyalahkan cikgu sendiri.


Dalam pada itu, ramai juga di kalangan warganet yang berkongsi kisah bagaimana mereka melihat situasi ini sendiri, rakyat tak pandai berbahasa Melayu.

Apa pula pendapat anda? - CARI 
1

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote incess.my 17-1-2020 06:29 PM
Ramai je yg mcm ni... ayat mudah pun tak reti
Quote sarah82 17-1-2020 06:35 PM
Rasis? Belajar bahasa kebangsaan pun dikatakan rasis? Jadi bila iklan jawatan kosong nak tau mandarin tu tak rasis?

Hamjad...
Quote sapeka 17-1-2020 06:45 PM
Betul la cakap cikgu tu...
Tak payah jadi warganegara

Sepatutnya salah satu syarat nak buat ic/passport kena wajibkan fasih berbahasa kebangsaan,tahu lagu kebangsaan

Seeloknya juga jadikan sekolah 1 aliran shj baik menengah/rendah
Untuk pelajaran agama bagi yg islam diwajibkan,yg bukan islam optional
Untuk bahasa mandarin,tamil,france,bla bla bla juga optional
Quote dino 17-1-2020 06:50 PM
sarah82 replied at 17-1-2020 06:35 PM
Rasis? Belajar bahasa kebangsaan pun dikatakan rasis? Jadi bila iklan jawatan kosong nak tau mandari ...

kat singapore ckp english je.. plain simple..
takde pun cong ceng masa meeting yg buat org nganga
Quote yuki812 17-1-2020 06:50 PM
saya pernah dgr..tapi tak sure lah..sekadar dgr gitu2. betul ke soklan kertas bm upsr tuk sek kebangsaan..tak sama dgn bm sjkt & sjkc?? katanya paper bm sek keb lebih susah. kalau betul..mcm tak aci lah. harap apa yg sy dgr ni..tak betul.
Quote sarah82 17-1-2020 06:51 PM
dino replied at 17-1-2020 06:50 PM
kat singapore ckp english je.. plain simple..
takde pun cong ceng masa meeting yg buat org nganga

Tu la.. Depa saja nak ambik bangsa depa.. Lps tu ada hati kata kita ni rasis.
Quote vee_zara 17-1-2020 06:53 PM
This is really true la. I ajar smjk. Omaigod mmg tak brapa pandai ckp bm even dah form 5. Yes it is true pelajar india lebih fasih berbahasa melayu.
Quote Andyscenes 17-1-2020 06:57 PM
so siapa rasis sebenarnya
Quote white_musk 17-1-2020 06:57 PM
Pelajar pelajar tajaan untuk dihantar ke jepun jerman atau perancis elok sahaja di asasi pelajari selama 1 tahun sahaja. Janganlah menjadikan alasan untuk tidak mahu belajar bersungguh sungguh.
Quote Knowlee 17-1-2020 06:57 PM
Ramai weh... Jenuh kita ckp BM dgn diorg ni, lain dicakap lain dia buat. Then kita ckp English, dia reply berterabur, apa maksud nak disampaikan pun tak faham. End up tak deal dah dgn diorg. India fasih BM. English pun bagus. Cayanunalip apesal entah.
Quote merrissa 17-1-2020 06:57 PM
aku pernah jaga students peralihan...sewaktu sekolah dahulu kala aku pengawas...
kene jaga kelas sambil buat aktiviti...main game apatah aku tak ingat

baik2 je deme...dengar ckp...wpon nakal dan banyak main...
dan BM memang ke laut....

sekian berita dari saya.
Quote white_musk 17-1-2020 06:59 PM
Knowlee replied at 17-1-2020 06:57 PM
Ramai weh... Jenuh kita ckp BM dgn diorg ni, lain dicakap lain dia buat. Then kita ckp English, dia  ...

Akak masih lagi tidak memahami kata kata bahawasanya pergi ke sekolah sjkc itu menjadikan murid lebih bijak daripada murid yang belajar di sk.
Jika beginilah hasilnya
Quote chetimor 17-1-2020 07:28 PM
aku cikgu private school cina.

100% betul mmg tak boleh cakap bahasa melayu. nak tergelak they don't even care klu failed pun.
Quote prettyuglybabe 17-1-2020 07:58 PM
bukan bahasa melayu syarat wajib lulus spm ke?
kalau paper lain A tapi bm G akan dikira spm gagal?
ke itu penilaian zaman tok kaduk dulu?
Quote dua_chzy 17-1-2020 07:58 PM
Tu belum masuk bodoh tak reti mengeja atau letak noktah di hujung ayat walau umo dah 17, bulu pubik dah panjang. Bertabah la cikgu.
Quote dua_chzy 17-1-2020 08:00 PM
yuki812 replied at 17-1-2020 06:50 PM
saya pernah dgr..tapi tak sure lah..sekadar dgr gitu2. betul ke soklan kertas bm upsr tuk sek kebang ...

Betul. Biasa la tu.

Even for those yang opt huntuk masuk sekolah vokasional after form 3, soklan SPM(V) huntok subjek teras senang berbanding sekolah aliran perdana @ SMK.
Quote aku_best 17-1-2020 08:00 PM
yuki812 replied at 17-1-2020 06:50 PM
saya pernah dgr..tapi tak sure lah..sekadar dgr gitu2. betul ke soklan kertas bm upsr tuk sek kebang ...

Ok ini mmg betul dan realiti..buku teks utk bm di sjkc dan sk pon tak sama...bm sjkc lebih mudah dari sk...
Quote Kurex 17-1-2020 08:02 PM
opismate aku yg cina berapa kerat je weh pandai bm yg lain cam hareyyy.. tapi yg berapa kerat tu sekolah kebangsaan. ada opismate cina aku, dia kata dia hantar anak dia pergi sekolah kebangsaan je, sebab dia cina baba nyonya
Quote Kuasaberganda 17-1-2020 08:06 PM
Not to blame anyone but its true. I experienced once masa kat lhdn time minta brim dulu.hehe. pegawai suruh isi boranh, xpaham bahasa, ckp english pon xboleh. Ade keliling warga bangsa dia yg sama, xmembantu pon dia. Harap la yg aku dok sebelah ni dok isi. Nasib aku reti nak ckp mandarin skit. Lepas tu aku brain wash dia sekali mcm mana u claim warganegara tp xpaham bhs melayu xtawu. Ckp melayu slang bahasa buku xphm, slang pata timo xpaham, utagha,perak, slang selatan melaka slang nogori tp apa satu pon dia xpaham. Aku xtaw la dia lepas ke tak brim tp mcm sia sia bg kat org mcm tu. Patut gomen ni buat lagi satu syarat nak apply apa apa dlm gomen punya bantuan. Boleh berbahasa dan faham bahasa melayu.( xpayah fasih lon. Dah pandai basic pon ok)

Lihat semua komen(146)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.153309 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top