Pengaruh media memang tidak boleh dipandang remeh. Walaupun manfaatnya dalam perkongsian berita dan maklumat memang tidak boleh disangkal, ia juga menjadi platform penyebaran berita palsu untuk mempengaruhi pandangan rakyat.
Kebimbangan terhadap perkara ini semakin memuncak termasuklah terhadap aplikasi WeChat dari China. Kajian dibuat oleh badan pemikir Freedom House baru-baru ini mendedahkan WeChat yang semakin digemari ramai penduduk dunia sebenarnya berbahaya. Menurut kajian mereka, disebabkan reka bentuk WeChat yang tidak memerlukan pengesahan identiti sumber ia memudahkan penyebaran maklumat dan berita palsu. Malah, ia juga dibimbangi menjadi pintu untuk mempengaruhi pilihan raya negara lain termasuklah Malaysia. Usaha menjadikan China sebagai negara model baik untuk dunia itu digerakkan oleh Parti Komunis China yang mensasarkan penutur Cina luar negara dan penutur bahasa Cina dengan memanipulasi kandungan berita untuk kepentingan Parti Komunis China. Seriau juga kan? Agaknya apalah agenda mereka ini. Kajian turut melaporkan usaha Parti Komunis China itu berjaya mencapai kejayaan dalam mengubah pandangan dunia terhadap negara itu menerusi propaganda tersusun menggunakan media dan aplikasi internet keluaran negara itu seperti WeChat. Anda pengguna WeChat? Betul ke kajian ini? - CARI |
ADVERTISEMENT