Sedih melihat seorang bayi dinafikan haknya untuk dikebumikan kerana tidak memiliki dokumen dan sumber kewangan mencukupi. Menerusi perkongsian di Facebook oleh Yunizam atau dikenali sebagai Abam Botak, kejaidan berlaku di Sandakan, Sabah. "Sebenarnya, pagi tadi terdapat satu jenazah bayi baru lahir meninggal dunia. Puas bapanya mencari tanah dan imam untuk kubur dan uruskan jenazah. "Namun, oleh kerana mereka tidak memiliki dokumen dan sumber kewangan yang mencukupi, bayi tersebut dinafikan untuk ditanam di tanah perkuburan dalam kawasan kampung yang mereka duduki sekarang.
"Bahkan, untuk urus jenazah bayi tersebut pun tidak dapat dibuat di kampung tersebut," tulisnya. Difahamkan, Yunizam menyediakan perkhidmatan van jenazah percuma sejak dua tahun lalu dan hatinya remuk denganinsiden itu. Yunizam kemudian memaklumkan jenazah dapat diurus dengan baik dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam (TPI) Sim-sim. Loading FB Post... "Namun, Alhamdulillah akhirnya bayi tersebut dapat dikebumikan juga di (TPI) Sim-sim, Sandakan. "Terima kasih kepada penjaga (TPI) kerana mengizinkan jenazah bayi ini dikebumikan di sana," ujarnya. - CARI
|
Pixie902 replied at 16-1-2020 01:30 PM
Terpanggil utk beri komen...mengenai dua isu iaitu pertama tidak cukup kewangan, kedua tiada dokumen ...
prettyuglybabe replied at 16-1-2020 01:40 PM
dah tak ada dokumen, cam mana nak kebumi..
ikut la undang-undang..
kena report polis segala..
ADVERTISEMENT