Usahawan popular, Noor Nabila Mohd Noor akan meneruskan proses penceraiannya dengan pelakon popular Sharnaaz Ahmad. Apa yang penting sekarang adalah untuk membesarkan anak mereka, Jebat Jayden Nabila mahu proses penceraian mereka diselesaikan dengan segera.
Memetik laporan Gempak, Nabila mendedahkan yang masalah mereka sekeluarga itu sudah berlarutan hampir setahun dan dia tidak sanggup lagi untuk hidup dalam suasana seperti itu. "Proses perceraian ini sudah berlangsung hampir setahun, saya tak nampak usaha Sharnaaz untuk berdamai. Saya sendiri tak nak teruskan. Sepatutnya perkara ini boleh dipercepatkan sekiranya Sharnaaz melafazkan cerai tapi disebabkan proses ini masih berlangsung, perceraian tidak dapat diteruskan. "Seharusnya, kedua-dua belah pihak boleh faham yang kita boleh 'move on' meneruskan hidup masing-masing dan memberikan fokus kepada anak. Sharnaaz mempunyai kehidupan sendiri, saya juga sama. Saya sudah tawar hati, ada baiknya jika perkara ini tidak dipanjangkan dan kita berikan tumpuan untuk membesarkan anak tanpa sebarang rasa yang tersimpan," kata Nabila.
Nabila yang diwakili peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar manakala Sharnaaz diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader enggan memberikan sebarang ulasan lanjut ketika ditemui wartawan di luar mahkamah. "Tak ada apa-apa nak cakap," katanya ringkas. Sharnaaz dan Nabila bernikah pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden. Namun usia perkahwinan mereka tidak kekal kerana isu dalaman. Semoga semuanya selesai dengan cara yang baik.-CARI
|
Boomibulat replied at 17-1-2020 10:08 AM
Besar burung dik jebat..baru kepala je tu
ADVERTISEMENT