Mengejutkan, patung transgender yang dipercayai pertama di dunia telah dijual di Planeta Igrushek (Planet Of Toys) kota Siberia, Novosibirsk, Russia. Anak patung itu mempunyai ciri-ciri fizikal seperti seorang gadis kecil dengan berambut perang dan memakai pakaian wanita namun, mempunyai alat kelamin lelaki. Foto anak patung yang diambil oleh seorang progresif Rusia ini telah mencetuskan reaksi yang berbelah bagi di negara yang masih konservatif. Gambar tersebut ditularkan di medsos dan banyak respon telah diberi; Seorang pengguna, "revizor.nsk", berkata: "Adakah ia baik untuk menghasilkan mainan seperti itu untuk kanak-kanak?" Satu lagi, "gerad" mencadangkan: "Apa yang mereka perlu lakukan ialah membeli kit alat perubatan dan kanak-kanak itu boleh belajar bagaimana untuk amputasi." "Lordex" menulis: "Saya fikir ia benar-benar mengerikan, apa yang berlaku di fikiran ibu bapa kanak-kanak ini." "Adakah anda terfikir mungkin ianya kesilapan daripada kilang? Atau mereka secara tidak sengaja meletakkan kepala gadis pada badan lelaki?" "TverdoyaZerkalo" menambah: "Saya percaya ini adalah percubaan liberal untuk mengubah masyarakat." Anak patung itu adalah yang pertama seumpamanya di Rusia dan dianggap sebagai anak patung transgender pertama di dunia. Apa pula pendapat anda? - CARI rujukan : Dailystar |
Mary_jane replied at 18-1-2020 09:59 AM
Baby doll zaman moden ni memang kena ada alat sulit ke?
whadda replied at 18-1-2020 10:18 AM
eee.. perlu ke nak buat alat sulit
inspiro92 replied at 18-1-2020 10:24 AM
nak kene sunat bebird tu
Archaiv replied at 18-1-2020 10:26 AM
Terima kasih sebab sudi baca.
cikmidorii replied at 18-1-2020 11:36 AM
patung pon dah konfius dgn diri sendri skrg..
whadda replied at 18-1-2020 11:05 AM
whatttt?? ekau ingat ni blog??
sarah82 replied at 18-1-2020 12:25 PM
60-70 tahun dulu LGBT ni sesuatu yg bertentangan dgn norma hidup US... Lepas tu puak2 ni sensasikan ...
ADVERTISEMENT