CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Dah Tahu Miskin, Beranak Ramai Buat Apa, Kan Dah Catu Makanan!"

17-1-2020 09:38 AM| Diterbitkan: green_lantern| Dilihat: 35140| Komen: 179



Kisah mengenai miskin tegar pasangan suami isteri yang mempunyai 8 anak ini mendapat pelbagai respon daripada warganet. Ada yang berasa kasihan melihat situasi tersebut dan ada juga yang seakan-akan mengherdik golongan sebegini yang didakwa beranak sahaja pandai, tetapi tidak menyediakan keperluan asas kepada anak-anak.

Memetik laporan Berita Harian, disebabkan kemiskinan, 10 beranak itu terpaksa mencatu makanan untuk sekali sehari, selain tinggal di rumah usang di tanah rizab tepi Sungai Galas, Kampung Lembaga, Gua Musang.

Hal ini membuatkan segelintir warganet merasakan puak sebegini tidak layak mempunyai anak ramai jika hal asas pun tidak dicukupkan. Benarkah pendapat tersebut? Orang miskin tidak layak beranak ramai?


k

Ketua keluarga, M Busra Mohamed, 50, berkata rumah itu dibina sendiri daripada kayu dan zink terbuang yang dihanyutkan banjir selepas bah besar Disember 2014. Dia mengakui tidak mampu membina rumah yang lebih selesa kerana pendapatannya bergantung kepada upah menoreh getah sekitar RM600 sebulan. Itu pun tidak tetap mengikut cuaca.

Bagi golongan liberal, mereka merasakan setiap anak mempunyai hak untuk menikmati kehidupan, jadi dengan hanya makan nasi sekali sehari sahaja kemudian sarapan dengan biskut kering beserta teh O adalah sesuatu yang 'mendera' anak-anak. Apatah lagi umur mereka antara setahun hingga 14 tahun tersebut memerlukan zat untuk tumbesaran. 

Oleh itu, mereka tidak memahami mengapa golongan miskin tidak merancang keluarga. Anak ramai memang rezeki tapi kalau dah terlalu ramai hingga ikat perut?
google
Sementara itu, ada juga pandangan berbeza yang menegaskan hal ini berlaku kerana perbezaan pemikiran. Pendidikan di kampung semestinya berbeza dengan di bandar yang lebih canggih dan informatif.
 Apatah lagi kesukaran untuk mencari rezeki membuatkan mereka tidak berfikir panjang soal perancangan anak. Jadi mengapa memarahi mereka jika kita boleh menasihati?
Malahan yang memberi pendapat marah-marah sebegini biasanya datang dari anak muda atau golongan kaya yang anaknya cuma dua atau tiga orang sahaja. 

Keperluan berbeza dengan mereka lebih mengutamakan pendidikan, karier, 'safe sex' dan sebagainya. Dengan segala info di hujung jari, mereka hanya tahu melabel?
Twitter
Jadi bagaimana? Anak itu pembawa rezeki atau perlu merancang? Jika kedua-duanya betul, apakah yang boleh dilakukan oleh keluarga yang kurang pendidikannya? Cukupkah hanya memerli di media sosial? - CARI
2

Bagus
7

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • DayangKirana


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 17-1-2020 09:45 AM
Berita fitnah ni..takkan MB dan exco pakai merc 700k rakyat x mampu mkn nasik..
Quote umbut 17-1-2020 09:53 AM
Malas nak komen.. tau sedap je.. yg jadi mangsa anak2. Anak2 ada hak hidup selesa bkn cam ko...
Quote Sham143 17-1-2020 10:03 AM
Betul la dia cakap..Dh tahu miskin p beranak ramai apasal?..Sendiri mahu ingat la..
Quote sarahmirza 17-1-2020 10:18 AM
Dah sampai masa dah ni tetapkan jumlah anak dalam keluarga mengikut jumlah pendapatan....
B40 - max 2 org
M40 - max 4 org
T20 - boleh > 4 org

Siapa yg terlebih beranak, kena denda dan anak tu kena serah kat JKM utk bagi kat org yg memerlukan anak angkat...
Quote husna_amal 17-1-2020 10:25 AM
Luaskan ilmu perancangan keluarga dalam masyarakat. Yang penting kualiti bukannya kuantiti.
Quote miss_beku 17-1-2020 10:25 AM
Dh tau pendapatan tak stabil. Control lah sket. Kesian anak2. Nak beranak berapa pun lantak lah. Tggjwb nk tggung anak tu kena tengok jugak.
Quote supermum 17-1-2020 10:37 AM
Beranak byk2 sedangkan tau diri tak mampu nak jaga elok2 macam pecah amanah dgn Tuhan je.
Quote RumiMenari 17-1-2020 10:44 AM
Aku nak hanatkan netz yg ckp hiburan rakyat marhaen adalah isteri.. kl nk backing jgn bodoh sgt smpai semua pun jadi boleh.. ni miskin tegar, maksudnya drpd keturunan turun temurun miskin.. sok anak2 10org tu penyambung warisan kemiskinan la.. catu air mani bukan catu makanan
Quote MadameOnion 17-1-2020 10:50 AM
aku yang mampu pun tak berani nak beranak ramai2..2 cukup..sekarang semua main duittt oooiiiii
Quote Meiizu 17-1-2020 11:16 AM
i bukan saja2 nak sound orang miskin anak ramai..
ada 2situasi .

1. miskin anak ramai -: dari awal kawin sampai beranak berderet hidup susah memang patut kena kecam, takde usaha ubah hidup,rumah mcm sampah, pemalas  lagi .
zakat / derma tu bagi joran bukan ikan yg membolehkan parent duk rumah , kebajikan anak terabai,

2. miskin anak ramai : pada asalnya kedua pasangan berkerja , anak2 lahir cukup keperluan..tiba2 ditimpa musibah,sperti suami mati, suami dibuang keje, dapat kanser-

mangsa mcm kes ke2 memang perlu dibantu.
orang zmn sekrang kecam/sakit hati sebab golongan no1.
Quote chicozinn 17-1-2020 11:24 AM
betul la tu jangan beranak ramai sgat kalu miskin..bukan pe xkesian ke makan bercatu, pastu anak2 xskolah..jadi mak bapak jangan ignorance sgat boleh x?
Quote Kurex 17-1-2020 11:46 AM
benang ni sesuai dengan ashilalat si penghina golongan miskin & tak productive.. bodoh punya forumer
Quote Kurex 17-1-2020 11:58 AM
harap anak2 ni bila dah besar dan berjaya, jangan dilupakan budi mak ayah.. jagalah mak ayah nanti..
Quote justchu 17-1-2020 12:05 PM
Meiizu replied at 17-1-2020 11:16 AM
i bukan saja2 nak sound orang miskin anak ramai..
ada 2situasi .

yg ni setuju. kalau sejenis puluh2 tahun hidup keliling rumah ada tanah tp dibiar semak samun, pemalas mmg tak kuasa nk komen apa. tanam lah apa2 patut..bela lah ayam. nenek atuk tua2 kat kampung tu bela ayam, tanam sayur mcm2 jenis bukan keluar modal ribu2 pun. kangkung free ada dlm paya. ayam tu beli lah sekor dua buat membiak aduyai..basic survival kalau tak lepas utk diri sendiri, haram berkahwin sebenarnya. hukum halal, makruh, harus, wajib kawen tu bawak2 la tekankan masa kursus kawen
Quote Cassieopeia 17-1-2020 12:07 PM
mungkin ade betulnya keluarga yg kurang mampu kene rancang keluarga. Doctor boleh nasihatkan golongan mcm ni lepas anak 3 or 4 gitu.
Quote mistified 17-1-2020 12:22 PM
Dah tahun 2020 masih lagi pasal masalah sama. Itu pentingnya pendidikan dan kesedaran di kalangan masyarakat. Yang jadi mangsa anak2.
Quote DayangKirana 17-1-2020 12:31 PM
betul lah tue..
benda betul, memang ramai yang takleh terima..

balik2 diungkit, orang dulu2 anak berbelas orang boleh je hidup.
dasar bodoh..dlu life tak mcm sekarang.
dulu RM50 boleh dapat food penuh trolley..skrg? dua tiga barang pon dh lebih RM50..
nowadays, semua duit.. sekolah, food, all the basic necessities..

Quote judicata 17-1-2020 12:40 PM
intention bagus tp maybe ayat tak kena. sokong je ayat kalau tak cukup pendapatan, boleh rancang keluarga supaya semua anak-anak dpt kualiti hidup yang baik disediakan mak bapak. jangan la kata da rezeki nak buat mcm mana... kalau betul sudah rancang, tp Allah swt tetap kasi juga betul itu rezeki. tp kalau dok kangkang tp usaha nak rancang pun takde... its not rezeki, itu menempah bala untuk anak-anak. kesian kot anak-anak tak cukup makan, takde quality of life, nak belajar pun mak bapak takde duit nak kasi mereka tak mintak pun dilahirkan. mak bapak yg bersalah.
Quote malutapimahu 17-1-2020 01:22 PM
Cassieopeia replied at 17-1-2020 12:07 PM
mungkin ade betulnya keluarga yg kurang mampu kene rancang keluarga. Doctor boleh nasihatkan golonga ...

kat klinik kerajaan ni banyak dah nurse bgtaw doc bgtaw merancang merancang tapi untuk org yang mcm ni selalu nyer ayat dorang anak tu rezeki dari Allah. So total 6 7 8 9 anak nyer.

Lihat semua komen(179)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.057609 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top