Untuk Belanjawan 2020, kerajaan telah mengumumkan untuk memantapkan lagi penggunaan e-wallet dalam kalangan rakyat Malaysia. Untuk menjadikan impian ini menjadi realiti, kerajaan telah membelanjakan RM450 juta untuk diberikan kepada hampir 15 juta rayat Malaysia dalam program E-Tunai Rakyat. Setiap pengguna yang layak akan diberikan sebanyak RM30 di dalam akaun e-wallet mereka.
Berikut adalah perkara yang anda perlu tahu sebelum mendapatkan RM30 secara percuma. Di Mana Boleh Tebus RM30 Ini? Untuk penetahuan anda, kerajaan telah memilih tiga aplikasi penyedia e-wallet yang terkenal di Malaysia iaitu: 1. Boost 2. GrabPay 3. TnG eWallet Anda perlu memilih salah satu daripada aplikasi e-wallet ini dan tebus RM30 tersebut. Setiap individu hanya boleh menebus sekali sahaja untuk program E-Tunai Rakyat ini.
Bila Boleh Tebus RM30 Ini? Penebusan RM30 ini boleh dilakukan bermula 15 Januari 2020 sehingga 8 March 2020. Insentif RM30 itu pula perlu dihabiskan sebelum 14 March dan baki yang tidak digunakan sebelum daripada tarikh itu akan dipadam daripada akaun e-wallet pengguna. Siapa Yang Layak Mohon? Berikut adalah beberapa syarat yang dikenakan oleh kerajaan untuk memohon RM30 dalam program E-Tunai Rakyat. 1. Pemohon ialah rakyat Malaysia 2. Berumur 18 tahun dan ke atas pada tahun 2020 3. Pendapatan tahunan isi rumah di bawah RM100,000 Cara Untuk Tebus RM30 (Aplikasi Boost) Pasti anda tertunggu-tunggu untuk bahagian ini, namun memandangkan penulis menggunakan aplikasi Boost, penerangan di bawah ini akan lebih mendalam dan tertumpu untuk aplikasi Boost. Akan tetapi tiada apa yang perlu dirisaukan, cara penebusan bagi setiap aplikasi e-wallet adalah sama sahaja. 1. Muat turun salah satu daripada tiga aplikasi tersebut dan daftar sebagai pengguna kali pertama. 2. Klik pada 'Claim Your RM30' di halaman utama aplikasi Boost. 3. Masukkan code "azfx3n2" untuk e-Tunai Rakyat Referral Program 4. Anda akan diminta untuk mengambil gambar IC dan video selfie untuk mengesahkan penebusan RM30. 5. Wang akan dimasukkan ke dalam akaun e-wallet dalam tempoh 5 hari. Di Mana Anda Boleh Guna e-Wallet RM30 Ini? Sebenarnya, banyak tempat dan aplikasi yang anda boleh guna apabila membayar menggunakan aplikasi e-Wallet. Berikut adalah beberapa contoh penggunaan e-wallet: 1. Boost: Bil Astro, Bil Unifi, Watsons 2. GrabPay: GrabCar, GrabFood, prepaid telefon bimbit 3. TnG eWallet: Tiket wayang, tiket penerbangan, Tealive Sebenarnya mudah sahaja cara untuk memohon RM30 ini, malah data anda seperti gambar IC dan selfie juga akan disimpan dan tidak akan boleh diakses oleh orang lain. Untuk info atau pertanyaan lebih lanjut, anda boleh kongsikan di ruangan komen. - CARI |
incess.my replied at 17-1-2020 03:51 PM
Akak takut nak redeem lps org update kt fb yg data kita kena jual
ADVERTISEMENT